BTC USD 81,394.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gejala Kerisauan Anxiety

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1594137428013.jpg

​
Anda tahu kerisauan, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya adalah pemikiran yang terganggu. Namun tahukah anda, kerisauan boleh menyebabkan gejala fizikal?

Gejala seperti sembelit, berdebar, nafas yng laju.

Kebanyakannya tidak ramai tahu mereka mempunyai masalah anxiety sehingga berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap gejala ini semuanya disebabkan masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus, dll.

Kami share beberapa gejala kerisauan yang berbentuk dizahirkan dalam bentuk fizikal. Jika anda ada gejala-gejala ini, mungkin boleh rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

Semoga bermanfaat.

PHM
 
IMG_20230916_181635_422.jpg


Tip berguna atasi keresahan (anxiety)

Seseorang cenderung mengalami keresahan apabila berhadapan dengan sesuatu tekanan.

Jom belajar tip menangani anxiety bagi mendapatkan minda sihat dan emosi yang sejahtera.

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

#kkm #TalianHEAL15555 #LetsTALKmindasihat
 
FB_IMG_1708165207448.jpg


Kerisauan adalah satu perasaan yang NORMAL apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti peperiksaan dan sudah hampir dengan deadline.

Kerisauan yang biasa akan HILANG selepas situasi/ cabaran berakhir dan ia tidak menjejaskan kehidupan dan pekerjaan.
.

ANXIETY pula adalah penyakit mental, apabila seseorang individu sentiasa berada dalam kerisauan dan cemas tidak mengira waktu atau situasi.

Perasaan risau BERTERUSAN dan telah menjejaskan kehidupan dan pekerjaan individu.

Punca masalah anxiety adalah akibat faktor sosial dan persekitaran

🥺 Kesan trauma zaman kanak kanak,
🥺 Pengasingan sosial, kesunyian
🥺 Peristiwa yang negatif- kematian, penceraian,kemalangan
🥺Tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan atau pendidikan
🥺 Masalah kesihatan fizikal
🥺 Tekanan sosial dan masyarakat.
 
6298776308355811747_121.jpg


Simptom Anxiety yang Ramai Orang Tak Sedar

Ramai orang ingat anxiety hanya tentang rasa cemas, jantung berdegup laju, atau serangan panik.

Tapi sebenarnya, anxiety boleh muncul dalam bentuk yang lebih halus dan ramai yang tak perasan bahawa mereka mengalaminya.

Berikut adalah beberapa simptom anxiety yang sering diabaikan:

1. Mudah Letih Walaupun Tak Buat Kerja Berat
- Bangun tidur rasa penat.
- Buat kerja sikit dah rasa lesu.
- Nak fokus pun susah sebab badan terasa ‘berat’.

2- Sukar Tidur atau Selalu Terjaga Tengah Malam
- Susah nak lelap walaupun badan dah letih.
- Bangun tengah malam dengan perasaan gelisah.
- Tidur tak nyenyak, selalu mimpi buruk.

3. Terlalu Overthinking dan Tak Boleh Berhenti Berfikir
- Fikiran macam tak pernah berhenti bercakap.
- Terus fikir kemungkinan buruk walaupun benda kecil.
- Susah nak buat keputusan sebab takut tersalah langkah.

4- Sakit Badan yang Tiada Sebab Jelas
- Bahu dan leher selalu tegang.
- Perut kerap sakit atau masuk angin tanpa sebab.
- Dada rasa ketat, macam ada beban berat.

5. Mudah Terkejut atau Sensitif pada Bunyi Kuat
- Ada bunyi pintu ditutup kuat pun rasa cemas.
- Tiba-tiba ada orang panggil terus rasa terkejut dan jantung berdegup laju.
- Tak boleh tahan tempat bising atau suasana yang terlalu ramai orang.

6. Mood Tak Stabil dan Cepat Marah
- Hal kecil pun boleh buat naik angin.
- Rasa moody tanpa sebab.
- Kadang-kadang rasa sedih atau hampa tiba-tiba.

7. Selalu Rasa Bersalah atau Rasa Tak Cukup Bagus
- Sentiasa fikir “Aku patut buat lebih baik.”
- Susah nak hargai diri sendiri walaupun dah usaha sehabis baik.
- Tak boleh terima pujian, rasa macam tak layak.

8. Tak Boleh Duduk Diam atau Selalu Rasa Gelisah
- Kaki selalu bergerak-gerak tanpa sedar.
- Rasa nak buat sesuatu, tapi tak tahu apa.
- Bila duduk sorang-sorang, tiba-tiba rasa tak selesa.

9. Rasa Dunia Ini Berat dan Hidup Terlalu Sukar
- Sering rasa macam hidup ni tak ada makna.
- Susah nak nikmati masa sekarang, selalu risau tentang masa depan.
- Semua benda nampak berat, nak bangun pagi pun rasa susah.

Anxiety Bukan Sekadar di Fikiran, Tapi Juga di Badan

Kalau anda ada beberapa simptom di atas, itu tanda sistem saraf anda sedang dalam mod survival terlalu lama.

Anda bukan ‘terlalu beremosi’ atau ‘terlalu fikir banyak’, tapi badan anda sebenarnya menyimpan trauma dan tekanan yang belum dilepaskan.

Sebab itu penting untuk merawat anxiety bukan sekadar dengan mengawal fikiran, tetapi juga dengan melepaskan ketegangan yang tersimpan dalam badan.

TRE (Tension & Trauma Releasing Exercises) adalah salah satu cara terbaik untuk membantu sistem saraf kembali tenang secara semula jadi.

Jangan biarkan anxiety mengawal hidup anda. Fahami tubuh anda, beri peluang untuk melepaskan beban yang tersembunyi.

#tremalaysia
 
1000693056.jpg


Makanan & Anxiety Hubungan yang Ramai Tak Sedar

Kadang-kadang kita fikir anxiety datang sebab kerja terlalu banyak, masalah keluarga, atau tekanan hidup. Tapi, tanpa sedar, apa yang kita makan setiap hari juga boleh menjadi “bahan bakar” yang membuat rasa berdebar, susah tidur, dan fikiran tak tenang semakin kuat.

Kopi pekat di pagi hari mungkin buat kita rasa segar sekejap, tapi kafein merangsang hormon stres, membuat jantung berdegup lebih laju.

Minuman tenaga atau air berkarbonat memberi letupan tenaga sementara, tetapi diikuti kejatuhan mendadak gula darah yang buat kita rasa letih, murung, dan resah.

Makanan segera dan kek manis pula penuh lemak trans dan gula ringkas yang mengacau keseimbangan kimia otak.

Bagi sesetengah orang, perubahan ini sangat halus kita tak perasan puncanya dari makanan. Kita cuma rasa makin mudah cemas, mudah marah, atau susah tidur… lalu menyalahkan keadaan sekeliling.

Hakikatnya, tubuh dan minda saling berkait. Apa yang masuk ke badan, akan mempengaruhi apa yang kita rasa.

Mulakan dengan langkah kecil. Kurangkan kafein. Tukar snek manis kepada buah segar. Minum air kelapa atau teh herba yang menenangkan.

Pilih kacang tanpa garam atau popcorn tanpa mentega sebagai snek santai. Ia mungkin nampak remeh, tapi tubuh akan rasa lebih ringan, fikiran lebih jernih, dan hati lebih tenang.

Jaga makanan, jaga minda. Kerana kesihatan mental bukan hanya tentang fikiran, tetapi juga tentang apa yang kita beri kepada tubuh kita setiap hari.
 
1000710537.jpg


Kadang anxiety itu datang dalam rupa yang pelik.

Pagi-pagi bangun, baru nampak senarai tugasan kecil di mejaterus rasa sesak. Walaupun hanya perkara remeh, hati berdegup seperti ada beban besar menunggu.

Di dalam kepala pula, satu fikiran berulang-ulang tanpa henti. Macam kaset lama yang tak mahu berhenti, makin cuba dilupakan, makin kuat ia berputar.

Bila berjumpa orang, setiap ayat yang kita ucap kembali terngiang. “Patutkah aku cakap lain tadi?” Walaupun orang lain mungkin tak fikir apa-apa, hati kita terus dihantui.

Dan yang paling menyakitkan, kita tahu semua ini kecil sahaja, tapi tetap terasa terlalu banyak untuk dipikul. Sukar menikmati saat ini, sukar untuk minta bantuan, dan akhirnya diri terasa letih.

Itulah wajah sebenar anxiety . Ia tidak selalu nampak dari luar, tapi ia hidup di dalam jiwa yang sedang berjuang.
 
1000714622.jpg


Kit Bantuan Segera: Teman Kecil Ketika Anxiety Datang

Pernah tak tiba-tiba dada berdebar, nafas jadi sempit, dunia rasa macam nak runtuh? Itulah yang ramai lalui bila serangan panik datang. Dalam saat genting tu, kita selalu tercari-cari sesuatu untuk pegang… sesuatu yang boleh buat rasa “okey, aku masih selamat.”

Sebab itu ada baiknya kita sediakan satu kit bantuan segera kecil saja, boleh masuk dalam beg tangan atau beg kerja. Tapi kesannya besar.

Apa yang boleh ada dalam kit ni?

Bayangkan bila cemas, anda keluarkan kad kecil dengan langkah pernafasan mudah, atau teknik grounding 5-4-3-2-1.

Bau lavender dari botol kecil roll-on, kunyah gula-gula getah sambil minum seteguk air, dan peluk barang kecil kesayangan seperti tasbih atau keychain pemberian orang tersayang.

Tambah juga kad kecil dengan ayat penenang:
“Serangan ini akan berlalu. Aku selamat sekarang.”

Kalau lebih suka bunyi, sediakan earphone dan playlist khas bunyi hujan, muzik instrumental, atau zikir lembut.

Kit ini bukan sekadar barang. Ia adalah “jambatan” untuk tarik anda semula ke realiti bila minda cuba hanyutkan ke tempat gelap.

Kit ini kecil, tapi mungkin cukup besar untuk selamatkan anda pada hari yang paling sukar.
 
Back
Top
Log in Register