BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Gegar Vaganza 5 (2018)

41541980810_tokramzamani.jpg

'Memang saya potong markah lupa lirik, tapi...' - Penjelasan Ramli MS apabila Zamani ke final

JURI tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS akui memotong banyak markah Zamani ketika dia membawakan lagu Dekat Padamu dendangan asal Yusry Abd Halim.

Namun, Ramli berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua.

“Perlu difahami bahawa penilaian markah malam ini adalah berdasarkan dua persembahan.

“Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama... Dia hilang 65 markah daripada saya.

“Malah, markah dia pada persembahan pertama lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen.

“Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak.

"Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima,” katanya kepada Gempak.

Persembahan pertama Zamani menyaksikan penyanyi itu gagal membuat persembahan dengan baik di bahagian pertama kerana kelihatan seperti lupa lirik.

Malah, paling mengejutkan, Ramli juga tidak mahu memberi sebarang komen selepas selesai persembahannya.

“Selalunya, bila saya tak mahu komen itu maknanya maaflah, memang sudah boleh terkeluar.

“Tapi, situasi berbeza terjadi kepada Zamani, meskipun dia gagal menyanyikan dengan baik, tetapi dia berjaya selesaikan persembahannya.

"Dia juga memberikan persembahan terbaik menerusi lagu kedua, Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi,” katanya lagi.

Zamani merupakan antara enam peserta yang bakal mara ke peringkat akhir selain Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

http://www.astroawani.com/berita-hi...lasan-ramli-ms-apabila-zamani-ke-final-190858
 
51541980802_zamanisemifinalgv5.jpg

'Sebenarnya saya bukan lupa lirik' - Zamani dedah situasi sebenar

PENYANYI Zamani Slam menafikan kegagalan menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) adalah kerana lupa lirik.

Sebaliknya Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Ku Dekat Padamu nyanyian Yusry KRU.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Zamani antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Zamani akui bersyukur dan menganggap ia rezeki.

“Selepas persembahan pertama saya dah give up kerana malu tapi saya fikir saya ada peluang kedua jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana nasib baik minggu ini kami diberi tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi jumlah markah dari dua persembahan,” katanya lagi.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

http://www.astroawani.com/berita-hi...upa-lirik-zamani-dedah-situasi-sebenar-190857
 
41541953441_ZamaniGegarVaganza.jpg

Nyanyian kedua Zamani berintelek - Ramli MS

SHAH ALAM: Ketua juri Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS, mengakui persembahan Zamani menerusi lagu Di Matamu pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 5 merupakan persembahan dengan markah tertinggi yang pernah diberikannya kepada peserta sepanjang sejarah program itu berlangsung.

Dalam satu temubual live session bersama Facebook Harian Metro, Ramli berkata, intelektual Zamani sebagai penyanyi terserlah menerusi lagu itu yang melayakkan dia menerima markah tinggi.

"Saya tidak pernah beri markah setinggi yang saya beri kepada Zamani menerusi persembahan lagu Di Matamu, sepanjang lima musim program Gegar Vaganza.

"Lagi itu lagu baru, tapi dia berjaya sampaikan dengan cara dia sendiri, seolah-olah itu lagu dia. Itu menunjukkan intelektual dalam nyanyiannya," kata Ramli.

Final Gegar Vaganza Ahad depan menyaksikan persaingan antara Zamani, Noryn Aziz, Amelina, Billy Zulkarnain, Maya dan Dia Fadila.

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nyanyian-kedua-zamani-berintelek-ramli-ms-190844
 
aku pon pelik awal2 nyayi lagu dekat padamu tu cm bangganggg aku dgr..tempo smua lari..kdg2 dia diam...mgkin ye la kot dia tak dgr muzik.,bila pertengahan baru sedap..lagu ke dua aku tak dgr pulak ingtkan trsingkir rupenye ke final ya..kipidap...legend nih
 
aku pon pelik awal2 nyayi lagu dekat padamu tu cm bangganggg aku dgr..tempo smua lari..kdg2 dia diam...mgkin ye la kot dia tak dgr muzik.,bila pertengahan baru sedap..lagu ke dua aku tak dgr pulak ingtkan trsingkir rupenye ke final ya..kipidap...legend nih


aku rasa pun masalah teknikal. sebab tak logik starting tu bunyi macam tah hape hape. tak sedap langsung, sume lari kelaut, music harammmmmm je
 
aku rasa mmg masalah teknikal dari sound system/ earpiece..
nak sabotaj zamani la ni
 
51542081658_zamanie1.jpg

'Saya bukan jenis kipas juri' - Penyertaan di final GV5 dipertikai, Zamani sedar ada yang tidak puas hati

BINTANG Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani menyifatkan penyertaannya ke peringkat akhir GV5 merupakan rezeki dari Allah.

Biarpun gagal menyempurnakan tugasan pertama dengan sebaiknya, Zamani menghormati keputusan juri yang memberikan markah tinggi terhadap persembahan keduanya.

"Pada saya, penyertaan ini rezeki dari Allah, saya percaya dengan perkara itu dan kita kena hormati keputusan juri.

"Apa yang pasti, saya tak pernah buat apa-apa perkara yang tidak betul seperti berjumpa dengan juri, saya bukan jenis kipas juri, malah saya tak buat apa-apa pun.

"Saya buat kesalahan di persembahan pertama dan saya reda dengan apa yang terjadi. Persembahan kedua saya berikan yang terbaik," kata Zamani yang ditemui usai konsert separuh akhir GV5.

Dalam pada itu, Zamani juga akur dengan sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan apabila dia bolos ke peringkat akhir GV5.

"Hak mereka untuk bersuara... Sudah tentunya ada yang tak puas hati, kalau saya berada di situasi mereka yang menonton pun saya tak puas hati tetapi saya harap kritikan itu dilakukan menerusi saluran yang betul.

"Saya percaya kepad rezeki dan akan cuba memberikan yang terbaik di peringkat akhir GV5 nanti," katanya.

Selain Zamani, lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir.

Konsert akhir GV5 akan bersiaran pada 18 November ini dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

http://www.astroawani.com/berita-hi...-zamani-sedar-ada-yang-tidak-puas-hati-190968
 
xkan kua punya. zamani kua jatuhla rating
 
Back
Top
Log in Register