BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Gegar Vaganza 5 (2018)

Syedz

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,141
Joined
Dec 23, 2008
Messages
22,141
Reaction score
124
Points
128
image.JPG

Zamani tidak mampu untuk menyanyi akibat masalah kesihatan pada persembahan beliau dalam rancangan Gegar Vaganza malam ini.

KUALA LUMPUR - Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, penyanyi Zamani gagal melontarkan suara bagi menyanyikan lagu tugasannya, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 hari ini.

Zamani, yang duduk di atas kerusi dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara sementara band iringan telah mula memainkan muzik.


Bagi menaikkan semangat, penonton dan pengacara, Nabil Ahmad serta Jihan Muse sama-sama menyanyikan lagu berkenaan sehingga selesai.

Juri, Datuk Ramli MS meminta Zamani menyanyikan lagu tersebut kembali dalam nada rendah, tetapi Zamani tetap tidak boleh menyanyi.

Menurut Ramli, suara Zamani telah ‘koyak’ dan meminta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak produksi tentang status Zamani dalam program berkenaan kelak.

Dalam pada itu, penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri turut memohon pihak Astro untuk tidak menyingkirkan Zamani pada minggu ini kerana menyifatkan penyanyi itu berani berdepan cabaran walaupun mempunyai masalah kesihatan. - K! ONLINE

SUMBER
 
mcm benda lain yg koyak zamani ni..haish
 
ke sebab x dpt BENDA tu yg trs x blh nyanyi tu..
 
mmg ramai jgk la sedih dia keadaan mcm tu smlm..ramai2 pakat nyanyi lagu dia
 
Antara bakal2 jd juara ...tp minggu dpn kalau tk ok jgk mmg kena kick ler
 
Back
Top
Log in Register