BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TV Show GEGAR VAGANZA 2022 ( ASTRO )

apooo la jac ngan shila amzah masuk.

dah tau dah juara sapa.

tapi tak tau la kalau jac dapat lagu dangdut

mcm segan plak juri nak komen jac :p
 
Persembahan sangat teruk, bersyukur dapat terus bertanding – Pat Candy​

WhatsApp-Image-2022-10-10-at-1.27.32-PM.jpeg

PETALING JAYA: Mengakui persembahannya menerusi lagu Kembara Di Tanah Gersang di minggu keempat Gegar Gavanza (GV) musim kesembilan sangat teruk, penyanyi, Pat Candy sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan pentas tersebut.

Namun ibarat mati hidup semula, Pat bersyukur apabila pihak produksi memberinya satu lagi peluang untuk menebus kekecewaan serta membuktikan bakat menerusi persembahan lebih baik minggu hadapan.

“Sejujurnya memang saya sudah bersedia jika tersingkir malam ini. Saya sendiri tahu, persembahan saya sangat teruk. Tetapi Tuhan masih beri peluang kedua untuk mara ke minggu seterusnya.

“Tetapi melihatkan persaingan, setiap minggu sebenarnya saya bersedia jika tersingkir. Bila dapat mara ke peringkat seterusnya, saya harus kerja keras dan tidak mensia-siakan peluang itu.

“Komen juri juga sangat membantu. Kalau hendak kata sedih, tidaklah. Mungkin saya rasa persembahan itu sudah cukup bagus, tetapi bila ada telinga dan mata yang lebih profesional, kita akur,” katanya.

Pat memperoleh markah terendah dengan 55.6 peratus menerusi persembahannya itu manakala juara mingguan kembali menjadi milik Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu You Raise Me Up malam tadi.

Mengulas persembahan Pat, Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata, kreativiti dan gubahan lagu yang kurang menarik membuatkan peserta itu menduduki tempat terakhir.

“Minggu depan kita akan ada ramai artis beradu suara di atas pentas. Meriah. Jadi, ini keputusan terbaik untuk malam ini,” katanya.

Pat bakal beradu suara dengan vokalis Drama Banda, Aepul Roza menerusi lagu Babak Pertama di minggu kelima GV9 yang bertemakan Ku Seru, Lagu Bertemu.
 
Tiada yang terkeluar lah ye malam tadi
 
Back
Top
Log in Register