BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gardenia naikkan harga roti

Tu kalo roti putih biasa, memang takde khasiat sangat pun. Gandum dah bleached, dorang strip segala khasiat gandum dengan strip warna kuning asal gandum tu.

Kalo nak makan roti jugak pilih roti gandum penuh aka wholemeal.

Maksud tuan yang Gardenia warna hijau tu atau yang lain
Bagi saya nasi lagi cepat kenyang berbanding roti
Serta tahan lama
Ni untuk kategori karbo la

Memang akan ada rasa kasar bepasir sket sebab gandum takde dibuang serat2, tapi lagi tahan kenyang banding yang putih biasa tu.
 
Capture.png


.....................................................
 
Roti naik harga: Pengguna tak sedar kuasa belian

August 30, 2022

Pengguna perlu menyedari akan kuasa belian masing-masing dalam menguasai dan menentukan harga barangan di pasaran.
Oleh: NORHANA MAT ZIN

KUALA LUMPUR: Pengguna di Malaysia terlalu pasif bertindak dalam sektor ekonomi sedangkan mereka tidak sedar akan kuasa belian yang ada pada diri masing-masing, yang sepatutnya perlu digunakan dengan saling bersatu untuk bertindak menguasai dan mengawal pasaran barangan di negara ini.

Itu buah pandangan pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Kuala Lumpur, Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga barangan di negara ini, khususnya yang terbaharu, 53 produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) akan dinaikkan harganya bermula Khamis, 1 September ini.


Dalam suratnya kepada peruncit sebelum ini, Gardenia dalam kenyataan medianya berkata, impak inflasi kenaikan berterusan terhadap bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran memaksa harga dinaikkan untuk kali kedua bagi tempoh kurang setahun.

Kenaikan harga itu membabitkan roti Gardenia Original Classic 400 gram yang akan dijual pada RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen) dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).

Sementara harga bagi krim gulung perasa vanila, gula mentega dan karamel masin, dinaikkan sebanyak 10 sen menjadi RM1.10 sen setiap satu, manakala siri roti Toast Em juga meningkat 50 sen kepada RM5.50.

Dalam semakan harga kali terakhir produk Gardenia dinaikkan harganya sebelum ini pada 1 Disember 2021, sebuku Original Classic 400g dinaikkan 30 sen, manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan sebanyak 45 sen.


Barjoyai Bardai
Menurut Barjoyai, sebagai contohnya apabila harga roti Gardenia dinaikkan menjelang 1 September ini, pengguna perlu menggunakan kuasa belian masing-masing untuk memberhentikan belian masing-masing.

“Jika pembeli memberhentikan pembelian, berkemungkinan ia akan memberi kesan kepada pengeluar produk yang menaikkan harga barangan keluarannya itu,” ujarnya.

Tambahnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan apa yang dikenali dengan istilah ‘Market’s economy’, yang mana permintaan dan penawaran ialah faktor yang menentukan harga barangan di pasaran.

Barjoyai berkata, ekonomi di Malaysia lebih mirip kepada ‘the supplier’s economy’ yang menyaksikan pembekal yang lebih berkuasa menentukan harga barangan.


Sehubungan itu, Barjoyai mencadangkan pengguna juga boleh mendapatkan bekalan roti daripada pengeluar lain.


Orang ramai perlu amalkan konsep pengguna bijak dalam mengawal harga barangan di pasaran.
“Contohnya, di pasar malam sekarang ini ada pengusaha kecil yang membuat roti dan menjualnya pada harga yang lebih rendah.

“Mutu keluarannya pun agak menarik walau pun bungkusannya tidak bercetak dan ia tidak menggunakan jenama seperti Gardenia,” jelasnya.

Pada masa kini, ujar beliau, sebenarnya harga bahan mentah memang dikatakan sedang meningkat.

“Ini khususnya bahan mentah utama seperti tepung gandum yang diimport berkemungkinan dari Rusia, Ukraine atau Turkiye,” katanya.

Namun, Barjoyai turut mempersoalkan mengapakah sebahagian daripada produk keluaran Gardenia naik berganda, sedangkan harga bahan mentah hanya naik kurang daripada 20 peratus.

“Walaupun begitu, terdapat juga produk keluaran Gardenia yang dikekalkan harga. Antaranya, Gardenia Bonanza Keluarga.

“Ini menunjukan ada juga timbang rasa pengeluar (Gardenia) yang mungkin cuba menggunakan kaedah ‘Cross subsidy’ antara produk yang dianggap mewah dengan produk asas untuk orang ramai,” ujar beliau.


Senario ekonomi semasa negara yang terkesan dengan situasi ekonomi global kian mencabar rakyat Malaysia untuk muncul menjadi pengguna yang lebih bijak pada masa akan datang.
Namun begitu, menurutnya lagi, perlu ada inisiatif khusus Jawatankuasa Jihad Inflasi untuk segera mengeluarkan hasil analisis kos pengeluaran roti bagi menonjolkan bagaimana kenaikan satu peratus dalam kos pengeluaran keseluruhan produk digandakan menjadi kenaikan antara empat hingga lima peratus dalam harga jualan.

“Apabila fakta itu didedahkan kepada umum, barulah kita tahu hati budi pengeluar produk ini (Gardenia) dan bolehlah kita membuat keputusan untuk sama ada terus menyokong dengan membeli produk berkenaan atau cuba mencari ganti produk yang lebih berpatutan harganya di pasaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/08/2022
 
Baru terjumpa
Macam sedap je
Sapa pernah beli?
Kat mana nak beli ni?

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa.jpg
Memang sedap, bau pandan sempoi, beli kat kedai runcit la, nak beli kat mana lagi, tapi kena cepat, stock tak banyak dia bagi untuk satu2 kedai, mai saja lori hantaq pi kedai kena tunggu siap2, kalu tak habis...🤣
 
roti yang mana gula paling byk digunakan
 

Price of Gardenia's Bonanza Keluarga loaf remains at RM2.75, says company​

Sunday, 28 Aug 2022

1715436.jpg

PETALING JAYA: The price of Gardenia's Bonanza Keluarga white bread loaf will be retained at RM2.75, says Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

In a statement on Sunday (Aug 28), the company said it would maintain the pricing for the 500g loaf, adding that it was more economical and suitable for larger families.

“Per 100g comparison, the Gardenia Bonanza Keluarga is also cheaper than the Original Classic Loaf,” it said.

Earlier, it was reported that Gardenia products were expected to cost more from Sept 1, with the company announcing new price hikes.

The company said it had no alternative but to increase its prices due to a hike in costs of raw materials such as wheat flour and vegetable fat, after making every effort to maintain prices.

It added that the sharp increase in transport costs over the years had also become critical and the company absorbed the costs.

"The company remains committed to maintaining product quality at an optimal level for the satisfaction of all and greatly appreciates your continuous support," it said in a statement.

Its standard sliced bread, a staple food product among the B40 and M40 groups, will see an increase of between 20 and 70 sen.

The new price list for 53 of its products shows that a 400g Gardenia Original Classic loaf will now cost RM3 (up from RM2.80), while the Jumbo 600g loaf will be RM4.30 (from RM4) and Breakthru Bran & Wheatgerm (400g) is now RM3.50 (from RM2.90).

The products include breads, buns, rolls, spreads and yellow noodles.



roti putih banyak gula tidak bagus untuk kesihatan kegemaran ramai masih kekal
 
Back
Top
Log in Register