BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Garam.

Rosman

Fun Poster
Messages
644
Joined
Jan 9, 2010
Messages
644
Reaction score
334
Points
36
Kalo dah ade delete jela ye..
Kisah ni diambil dari forum lain untuk dikongsikan
korang semua.

Terdapat kisah seorang lelaki muda yang telah
berkunjung temu seorang guru untuk menceritakan
perihal kesedihan yang menimpa dirinya.

Setelah mendengar kisah lelaki muda itu, guru itu
meminta dia campurkan segenggam garam ke dalam
segelas air dan meminumnya. Setelah itu guru tadi bertanya
"Bagaimana rasanya?" "Masin!" jawab pemuda
itu sambil meludahkan air tadi. Sambil ketawa,
guru itu menyuruh pemuda itu mengambil segenggam
garam lagi untuk dicampurkan dalam tasik yang berdekatan.

Tiba di tasik itu, pemuda itu melakukan seperti
yang disuruh, kemudian meminum sedikit air dari
tasik itu. Guru itu kemudian bertanyakan rasa
air itu. "Enak!" jawab si pemuda. "Adakah anda
rasa kemasinan garam tadi?" bertanya guru.
"Tidak!" jawab si pemuda.

Guru itu kemudian menerangkan kepada si pemuda:
"Kedukaan hidup adalah sama seperti garam; ianya
sama di m ana sahaja. Bagaimana kita menerima
kedukaan yang menimpa, terpulang pada
kebijaksanaan kita."

"Jika anda sedang dalam duka, pandanglah sekeliling
mu dan lawan kedukaan itu. Jadilah seperti air di tasik
ini dan bukan di gelas tadi" pesan guru itu.


*Tanpa kedukaan / kesukaran hidup, kita tidak dapat
mengenali kemanisan hidup - No pain, no glory, bak
pepatah Inggeris. Ianya anak tangga untuk mengenali
keimanan diri, wallahualam
 
Back
Top
Log in Register