BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ganti mesin ATM model lama'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
keratan610.transformed.jpg

Keratan muka depan BH bertarikh 30 September lalu mengenai mesin ATM digodam.
[email protected]
KUALA LUMPUR: Semua model mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang sistem komputernya mudah diceroboh perlu diganti bagi mengelak kecurian wang menerusi teknik menggodam.

Presiden Persatuan Perbankan Islam Malaysia, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata mesin ATM model lama, terutama jenis NCR-5877 mengandungi perisian yang lebih mudah terkena virus berbanding jenis lain yang lebih terkini.

Katanya, keadaan fizikal ATM model lama juga mudah diceroboh, selain tidak dilengkapi ciri keselamatan terkini.

"Sudah tiba masanya mesin ATM model lama diganti dengan yang baharu bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang, selain keselamatan mesin ATM lebih terjamin.

"Pihak bank juga perlu memperbaharui sistem keselamatan dan mesin ATM masing-masing," katanya ketika dihubungi BH, di sini semalam. Bernama
 
dorang kan ada syarikat insurans kaver??
 
Back
Top
Log in Register