BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan Perkhidmatan ETS, Komuter Batu Caves-Pulau Sebang Akibat Talian Terputus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
6969a07e207b1e6ae12e2f40b4403535683f28755c9e4

fb KTM Berhad

Operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves terjejas akibat kejadian alat talian atas (ATA) terputus di KM 434.423 di antara Stesen Batang Benar-Labu hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan beberapa pelarasan operasi telah dilaksanakan berikutan insiden berkenaan.

“Perkhidmatan ETS EP9532 dari Johor Bahru (JB) Sentral ke Kuala Lumpur (KL) Sentral akan tamat di Stesen Seremban dan penumpang akan menaiki bas ke KL Sentral dan stesen perantara,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan penumpang tren ETS EP9537 dan EP9579 dari KL Sentral ke JB Sentral pula akan dibawa dengan bas dari KL Sentral dan stesen perantara untuk ke Stesen Gadut dan seterusnya menyambung perjalanan dengan tren ETS untuk ke destinasi.

Bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves, operasi tren yang terlibat ialah Tren Komuter No. 2047 dari Batu Caves ke Pulau Sebang, dan para penumpang akan dibawa dengan bas dari Stesen Batang Benar ke Stesen Seremban.

Perkhidmatan tren Komuter No. 2049 (Batu Caves-Pulau Sebang) pula ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.

“Tren Komuter No. 2051 (Batu Caves–Pulau Sebang) akan ditamatkan di Stesen Labu dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.

“Tren Komuter No. 2055 (Batu Caves-Pulau Sebang) akan ditamatkan di Stesen Bangi dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan ETS dan KTM Komuter dari arah Pulau Sebang ke KL Sentral akan ditamatkan di Stesen Seremban, manakala perkhidmatan tren dari KL Sentral ke arah Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Bangi sehingga dimaklumkan kelak.

 
Back
Top
Log in Register