Cerita panjang sikit:-
Tgh hari tadi ade kuliah Zohor (tafsir Al Jamil) dengan sorang ustaz Dr. Hasnan Kasnan ni dekat surau Al Falah TM CBJ, die cerita serba sedikit yang pembunuhan umat islam di Mesir ni dalam sejarah jumlah terbesar dicatatkan dlm dunia (CNN punya cite tak boleh pakai). Die ckp dalam masa 48 jam lebih 5 ribu umat Islam dibunuh mggu lepas tak silap dan angka tu meningkat jadi 8 ribu orang sejak smlm. Die cerita yg memula hospital dibakar tu mula2 ada dekat 2 ribu mayat dan 3 ribu yang cedera masa perhimpunan dalam hospital tu, tentera datang die bakar hospital tersebut.
Lepas dibakar rakyat yg nampak berusaha angkut mayat2 yg dorang boleh angkut pindahkan ke masjid (nama tak ingat) supaya ahli keluarga dpt cam mayat keluarga mereka, tapi askar rejim ni dapat tau die pegi ke masjid ni die bakar pulak masjid ni, pastu sekali lagi rakyat yg lain pindahkan mayat2 ni ke sebuah lagi masjid pun kejadian sama askar rejim datang kesana dan bakar lagi. Die cerita seorang Ulama yg mengajar die di Al-Azhar dibunuh dan ade kesan 40 lubung peluru di muka dan badan Ulama ni. Masa Ulama ni diserang dengan askar rejim 40++ anak buah die jadi perisai maka semua pun gugur sebagai Syahid. Die cerita lagi 2 orang ulama yang keluarkan fakta bahawa umat Islam wajib turun ke jalanan menentang rampasan kuasa dikurung di suatu tempat kuku dicabut, mata dikorek dan diseksa (sekarang Ustaz tu ckp 2 Ulama ni hidup lagi dan masih dikurung).
Die cerita lagi sebenarnye kejadian di mesir ni adalah untuk menghapuskan umat2 Islam yang baik dan warak supaya mesir kekal sebagai Negara sekular. Di beritakan untuk mengesan umat Islam yang warak ni adalah ketika lepas sembahyang, keluar saje dari masjid tembak dan Islam yg biase2 ni tak sembahyang tidak diapa2kan. Ada juga yang tak abis sembahyang diangkut masuk ke dalam trak dan tak dpt dipastikan mereka ni dibawa ke mana. Dalam ramai2 yang Syahid tu die ada tulis wasiat, dia ni da bertunang dan akan bernikah masa raya haji tapi masa tidur die mendapat satu mimpi pasal bidadari dan lepas tu je die terus berjihad sampai terkorban sebagai Syahid. Ada ibu kepada yang Syahid ckp jangan menangisi pemergian anak die dan org2 yang Syahid ni sbb tempat mereka adalah di Syurga.
So die berpesan kalau boleh cari Qunut Nazilah hafal dan baca selepas Al-fatihah rakaat terakhir sembahyang fardu. Qunut Nazilah ni dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Boleh jadi sebahagian dari pertolongan kita kepada umat Islam di Mesir insyaAllah