BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gali kubur sendiri, masuk sendiri

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
15hmkubur1.jpg_1492213924.jpg

Seorang anggota keluarga tersebut kelihatan memasuki kubur itu untuk memujuknya keluar selepas mendapati dia tidak mati - Agensi


Beijing: Seorang lelaki masuk ke dalam kubur yang digalinya sendiri pada 23 Mac lalu selepas diberitahu dia akan mati pada hari itu.

Kejadian di Guang’an itu bermula selepas Xiang Chaojie, 72, yang sudah sekian lama menderita kanser kerongkong mengambil keputusan menemui tukang tilik untuk menilik mengenai kematiannya tahun lalu.

Lelaki warga emas itu kemudian mengambil keputusan membina kuburnya dan masuk ke dalamnya pada tarikh yang dinyatakan tukang tilik itu, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan rakannya, lapor People’s Daily Online.

Bagaimanapun, dia masih tidak mati apabila masa itu berlalu dan enggan keluar dari kubur itu sehingga diselamatkan oleh polis tempatan serta dihantar ke hospital.

Xiang melakukan persiapan yang teratur untuk kematiannya, termasuk meninggalkan sebahagian barangan miliknya kepada rakannya dan memberitahu mereka, dia akan mati pada hari berkenaan.



sumber: http://www.hmetro.com.my/node/221656


.
 
Desperate dan tertekan bila sakit n percaya kat tukang tilik
 
bahana percaya benda karut........
moga2 lepas ni jgn lagi percaya benda2 karut..

doa saya termasuk ditujukan kepada orang2 Muslim yang percaya teori karut orang Kristian mengenai BUMI RATA..
 
Tukang tilik itu b'kata benar jika atok tu baring atas unggun kayu lalu dinyala'n api. :eek:
 
bahana percaya benda karut........
moga2 lepas ni jgn lagi percaya benda2 karut..

doa saya termasuk ditujukan kepada orang2 Muslim yang percaya teori karut orang Kristian mengenai BUMI RATA..

Jangan bang kang melarat sampai sini
Sudah2 la kat thread sana offtopic maki memaki bukan main banyak..kalau jumpa depan bincang meja bulan kompom semua sopan je depan keypad keyboard semua berdarah pahlawan hahaha
 
cameraman pn aim x ingat...cari la sudut lain..

rasa bila dlm keadaan dia..bila tau tarikh mati..mungkin pasrah/putus asa yg tentukan segala tindakan dia..
 
Jangan bang kang melarat sampai sini
Sudah2 la kat thread sana offtopic maki memaki bukan main banyak..kalau jumpa depan bincang meja bulan kompom semua sopan je depan keypad keyboard semua berdarah pahlawan hahaha

haha..boleh juge tu...idea yang menarik..
senang2 bincang dpn2...konfirm takde bergaduh...
 
belum mati lagi, mesti frust lelaki ni sebab tilikan nasib tak menjadi.

life goes on. mati akan datang bila sampai masanya. in the meantime, jalanilah hidup dulu, live to the fullest.
 
Back
Top
Log in Register