BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Galak budaya kahwin campur

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BANGI - Perkahwinan campur antara pelbagai etnik di negara ini perlu digalakkan kerana ia dilihat mampu menyumbang mempercepatkan proses pembinaan satu bangsa Malaysia.

Felo Penyelidikan Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, perkahwinan campur dapat membina masyarakat yang lebih berintegrasi pada masa depan.

Menurut beliau, penyatuan dua kaum yang berbeza dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama lain seperti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.

"Perkahwinan campur dapat menyumbang kepada pembinaan bangsa yang seterusnya dapat mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih harmoni.

"Ia juga secara tidak langsung dapat menjadi wadah tumpuan pelbagai bangsa dari negara lain," ujarnya dalam Forum Perkahwinan Campur dan Pembinaan Bangsa yang diadakan di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi, Wan Mohd. Firdaus Wan Mohd. Fuaad pula berpendapat, perkahwinan campur seharusnya memberi tumpuan kepada persekitaran budaya, cara hidup, bahasa dan pengorbanan agama bagi setiap pasangan.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 
nnti berjele nk isi borang..
etnik/bangsa..
:)):)):))
 
Ved sudah mempraktikkannya :)
 
anak kacukan antarabangsa ambo lahir bulan 12 ni.....alhamdulillah....
 
Kawan saya sorang dia English kawin dengan cina Malaysia kemudian anak perempuan mereka kawin dengan Nigerian. Cucu mereka dah tak tau nak gelar bangsa apa. lol
 
anak kacukan antarabangsa ambo lahir bulan 12 ni.....alhamdulillah....

ish bila la turn aku ke moroco ni...tabik sama lu..heheh:)paid
 
Back
Top
Log in Register