BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gajet jadi sasaran perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gamabr kiri: Lizawati menunjukkan tingkap besi dapur rumahnya yang ditanggalkan perompak. Gambar kanan: Ramlan menunjukkan kesan tapak tangan dan laluan tingkap yang diumpil.
< 1 / 1 >
BANTING - Empat sekeluarga di Kampung Kanchong Tengah, Banting, di sini menjadi sasaran sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi secara serentak dan jarak tiga lagi rumah yang turut terlibat tidak sampai 500 meter.

Dalam kejadian itu, empat keluarga terbabit sedang nyenyak tidur dan langsung tidak menyedari tingkap rumah mereka diumpil sebelum dipecah masuk.

Seorang mangsa, Lizawati Mohd Tasli, 42, berkata, dia menyedari telefon bimbit jenis Samsung Note II yang dipegangnya hilang selepas bangun dari tidur kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut terus melihat sekeliling biliknya dan mendapati dua lagi telefon jenis Iphone 4 dan Samsung Galaxy S1 dan komputer riba yang dicas turut hilang.

“Saya terus periksa tingkap belakang rumah dan mendapati besi tingkap dipotong dan semua peralatan rumah bersepah dipercayai digeledah.

“Di belakang rumah saya juga ada longgokan najis dan saya percaya saya kena pukau sebab sepanjang kejadian itu saya memang tak perasan.

"Dompet yang diletakkan di bawah bantal turut hilang. Saya pasti perompak terbabit mengalihkan bantal ketika saya sedang tidur tapi saya tidak sedar,” katanya yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku di rumahnya.

Bagaimanapun, Lizawati yang tinggal bersama empat anaknya bersyukur kerana mereka tidak berhadapan detik cemas lebih-lebih lagi suaminya tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.

Seorang lagi mangsa, Ramlan Yasir, 54, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan empat anaknya sedang tidur dalam bilik masing-masing.

Menurutnya, anaknya, Razatul Ain, 25, yang tidur lewat turut tidak perasan rumahnya dimasuki perompak.

“Bagaimanapun, saya hanya sedar bila Razatul masuk bilik saya dan tanya ada nampak tak telefon bimbit dia. Tapi dia turut terkejut tengok bilik saya berselerak.

“Saya dalam keadaan mengantuk terkejut melihat suasana rumah menjadi kelam kabut dan segera menjerit mengarahkan anak untuk periksa sekeliling rumah dan mendapati lebih lima telefon bimbit, dengan anggaran kerugian sebanyak RM5,000 termasuk sebuah kamera dan wang tunai hilang,” katanya.

Ramlan turut berharap polis dapat meningkatkan rondaan terutama selepas jam 1 pagi kerana kes seumpama ini mungkin berlaku pada awal pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah mangsa terlibat mendapati terdapat kesan tapak tangan dan kaki di dinding rumah mangsa dan dipercayai individu yang memasuki rumah mereka bersaiz kecil berdasarkan keluasan tingkap yang diumpil.


submer:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/gajet-jadi-sasaran-perompak-1.247647
 
gadjet lonni x leh paka hok mahal2..bahayo blako lonni..paka clone doh la..
malaysiaku masih selamat..
binbe sokmo klu nok tinggal umoh lmo skit. kuci la staro mano pom..ye buleh ngukah jugok..
 
kalau kita berak depan umah bole oveeride pukau tu ke
atau geng tu tgk ada org lain nak pukau xleh kacau line
haha saje terpikir
 
kalau kita berak depan umah bole oveeride pukau tu ke
atau geng tu tgk ada org lain nak pukau xleh kacau line
haha saje terpikir

logik gak ni huhu. takpun tabur belerang keliling rumah baru tau panas punggung dorg nanti.
 
adeh...kne pasang pendinding kt rmh la kalau lagu ni...
 
asal bley jd duit..agak2 kalo klon pon dia sggp curi gak..:))
 
benda terhidang depan mata. tu la yg die amik

mana ad gadget sorok bawah tilam
 
rumah mak member aku kat kanchong darat.. hilang 8 pasu pokok orkid.

itu pon kene sapu... adoyai
 
Back
Top
Log in Register