BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaduh sebab telefon bimbit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mundiandy (kiri, baju merah) dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM200.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Gara-gara bergaduh di sebuah taman perumahan, seorang lelaki dikenakan denda sebanyak RM200 oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Tertuduh, R Muniandy, 23, didakwa melakukan pergaduhan pada 9 Februari 2014 kira-kira jam 10.20 malam di kawasan bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai.

Melalui fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman dengan bergaduh di tempat awam.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda dengan penjara sehingga enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang berasal dari flat yang sama telah bertemu dengan pengadu di kawasan bawah rumah berkenaan sehingga berlaku pergaduhan berpunca dari satu perkara.

Akibat pergaduhan itu juga, pengadu mengalami calar-calar di bahagian badannya.

Peguam yang mewakili tertuduh kemudiannya merayu supaya hukuman terhadap Muniandy diringankan kerana tertuduh mengaku salah dan memohon maaf atas perbuatannya.

“Lagipun dia masih muda dan harap hukuman ringan saja dikenakan terhadapnya memandangkan masa depannya masih panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam tertuduh memberitahu pergaduhan itu berlaku disebabkan telefon bimbit.

Majistret, Umma Devi Loganathan kemudiannya mendapati tertuduh bersalah dan dikenakan hukuman denda RM200 serta jika gagal bayar sebulan penjara.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/gaduh-sebab-telefon-bimbit-1.267042
 
Cuba gaduh bertumbuk pasal pompuan ke baru glamer sikit. Ini pasal HP?
 
kurang jelas punca pergaduhan..pasal telefon bimbit? ke compare markah candy crush?
 
member dia tgk hp dia ada gmbr awek dia..dia tgk hp member dia awek yg sama plak..minaciiiiii...:eek:
agaknya la
 
mabuk todi
 
small punya kes pun jadi gaduh gak ke??? hehehhee
 
Back
Top
Log in Register