BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaduh sampai mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BUKIT BERUANG - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan dengan beberapa rakan senegaranya awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali Kyaw Swe Oo, 25, iaitu seorang pekerja kedai makan, ditemui polis berlumuran darah di medan selera Plaza Pandan di Malim kira-kira jam 2.40 pagi semalam selepas dimaklumkan oleh beberapa orang awam yang menyaksikan pergaduhan itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, pergaduhan itu dipercayai bermula selepas mereka mabuk.

Menurutnya, polis turut menemui sebilah gunting yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

“Bagaimanapun, dua lelaki Myanmar dipercayai rakan sekerja mangsa, melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya di sini semalam.

Susulan siasatan yang dijalankan, menurut Raja Shahrom, polis berjaya menahan seorang lelaki Myanmar berusia 28 tahun di kawasan Plaza Pandan Malim kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek turut terbabit dalam pergaduhan berkenaan bersama dua lagi lelaki Myanmar lain.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek juga direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

“Pada masa sama, polis juga sedang berusaha mengesan seorang lagi suspek,” katanya.
 
kehkehkeh ini betol2 gaduh..

biar sampai akhir nyawa..
 
datang sini utk keje, buat la keje. jgn dok gaduh2 plak.
 
cerita ni pun nak post.semak.yg dok post ni lagi semak.
 
Back
Top
Log in Register