BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaduh Berebut "Awek"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
16.04.2019 - Pulau Pinang, Angkara berebutkan wanita, tiga lelaki cedera dibelasah sekumpulan lelaki lain dalam pergaduhan di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) di Balik Pulau, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu, dua daripada mangsa ditikam di belakang badan serta lengan dengan senjata tajam, manakala seorang lagi dipukul di kepala.

Difahamkan, semua mangsa berusia 19 hingga 26 tahun itu dipukul antara 15 hingga 20 lelaki.

Pergaduhan itu dimaklumkan kepada polis oleh kakitangan pusat kawalan jambatan terbabit.

Difahamkan, seorang daripada mangsa merampas teman wanita suspek hingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Suspek kemudian bersama beberapa rakan dikatakan bertemu dengan mangsa konon untuk berbincang dan menyelesaikan perkara terbabit.

Bagaimanapun, pertemuan itu mencetuskan kekecohan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan hingga menyebabkan semua mangsa dipukul.

Suspek kemudian terus melarikan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A A Anbalagan berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah berebutkan teman wanita.

Menurutnya, semua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang dan polis sedang mengenalpasti senjata yang digunakan suspek dalam pergaduhan itu.

“Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi memudahkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya

hiasan_belasah_1555388479.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/445249/gaduh-berebut-awek
 
emmm...demi sekeping ******... semua jadi *****
 
awek dah lari ke jantan lain biar jela
mcm loser je dtg ramai2 pukul org
 
Laa..berebut awek sampai nak bertikam bagai.
 
Back
Top
Log in Register