BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis maut digilis lori

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Keadaan mayat mangsa selepas digilis lori muatan aluminium di KM42 Jalan Klang - Teluk Intan, kelmarin. Gambar kecil :


SABAK BERNAM - Seorang gadis maut digilis lori setelah motosikal yang ditunggangi bersama sahabatnya bergesel dengan sebuah lori muatan aluminium di KM42 Jalan Teluk Intan - Klang, kelmarin.

Menurut saksi kejadian, Cheah See Koon, 39, pemandu lori tersebut yang sedang menunggu lampu isyarat di lokasi kejadian tidak menyedari kehadiran dua gadis terbabit sebelum menggilis seorang daripada mereka.

Katanya, dia segera berlari ke arah lori itu untuk memberitahu pemandu terbabit bahawa seorang gadis terjatuh daripada motosikal berdekatan dengan lampu isyarat tersebut.

“Ketika mangsa jatuh, dalam masa sama lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu berkenaan tidak menyedari mangsa berada di bawah lori dan terus menggilisnya.

“Pemandu itu betul-betul terkejut kerana dia tidak sedar kehadiran dua gadis berkenaan,” katanya.

Kata See Koon, pemandu terbabit terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Nor Fazuhatul Husna Sampol, 18, maut digilis tayar belakang lori terbabit.

Beliau berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas bersama sahabatnya, Nur Syafiqah Massuti, 18, yang patah tangan kiri akibat kejadian itu.

“Mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/gadis-maut-digilis-lori-1.150816
 
pergh hancur..takziah
 
Fuhhh.. Ngeri kejadian ni
 
gambar tak boleh tapis ke?

makin lama makin menjadi2 lah pulak,dekat fb lagi lah,semua gambar2 orang sakit disebarkan semata2 nak dapat like page.

terganggu fikiran aku bila pikir benda2 ni.
 
innalillah...

xbrani bca..
tgk gmbar saja dh rsa seram sejuk..
Allahuakbar..
 
pergh..

JPJ kena buat sesuatu dengan driver loni..

takut terjadi lagi in future
 
Back
Top
Log in Register