BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

gadis ikut mat lombok

EzY-eLoaD

Legendary Member
gem
Messages
12,747
Paid Membership
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
KUALA LUMPUR: Kisah gadis negara ini dilarikan pemuda Lombok, Indonesia bagai tidak berkesudahan. Kali ini seorang remaja Iban berusia 15 tahun menjadi mangsa selepas terpedaya dengan pujuk rayu jejaka Lombok sebelum dilarikan dari kediamannya di rumah panjang Eli Gabas Atas, Mukah, Sarawak.
Gadis malang itu, Steffanie Liana anak Langka, kini dilaporkan ditahan pihak berkuasa Mataram, Pulau Lombok mengikut perintah tahanan rumah selepas dikesan melakukan kesalahan memasuki pulau berkenaan secara haram.


Kehilangan Steffanie disedari bapanya, Langka anak Sumot, 38, selepas gadis terbabit tidak pulang ke rumah pada 17 Mac lalu sebelum mengetahui Steffanie mengikut seorang pemuda Lombok berusia 30-an pulang ke kampung halamannya.


Susulan itu, Langka membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu sebelum pihak polis antarabangsa (Interpol) mengesan gadis berkenaan di daerah Mataram, Lombok, pada minggu lalu.


Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, pihaknya sudah mendapat kerjasama Polis Republik Indonesia (Polri), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Interpol, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan Wisma Putra untuk misi menyelamat dan membawa pulang gadis bawah umur itu.


“Pihak biro bersyukur kerana setakat ini proses membawa Steffanie pulang ke tanah air berjalan lancar kerana semua pihak berkaitan memberikan kerjasama.


“Baru saja minggu lalu Steffanie dapat dikesan. Insya-Allah, saya sendiri akan mengetuai misi menyelamat yang dijangka pada Rabu ini.


“Kami dijangka berangkat pada jam 2 petang dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang ke Surabaya sebelum menaiki pesawat lain ke Mataram,” katanya.


Menurutnya, kumpulan misi itu akan ke Jakarta sebelum meneruskan penerbangan kembali ke Kuala Lumpur dan terbang semula ke Sibu untuk mempertemukan Steffanie dan keluarganya.
 
aku naik flight ritu,sblah aku mat lombok,mmg ptut gadis kite slalu blay cair ngn diorng ni,diorng ni murah ngn senyuman,dah laa peramah giler,aku dah takde member nak borak,borak je laa ngn die smpai kL hahahaa
 
aku naik flight ritu,sblah aku mat lombok,mmg ptut gadis kite slalu blay cair ngn diorng ni,diorng ni murah ngn senyuman,dah laa peramah giler,aku dah takde member nak borak,borak je laa ngn die smpai kL hahahaa


nasib baik dia tak bawak ko lari ke lombok.. :eek::eek::eek:
gurau je bro..
 
Asik pompuan je terikut balak ke lombok ni. Bila agaknye akan terjadi lelaki malaysia melarikan diri ke lombok kerana terjatuh cintan maut dengan awek Lombok!
 
Asik pompuan je terikut balak ke lombok ni. Bila agaknye akan terjadi lelaki malaysia melarikan diri ke lombok kerana terjatuh cintan maut dengan awek Lombok!

awek lombok apa kelas kekeke
 
awek lombok xde ke wat lari laki malaysia..
 
Jaga2 lelaki lombok dtg kesini memakai mcm2 ilmu, sbb aku kat tpt keje biasa dgn geng2 lelaki lombok ni, aku pernah tanya diorg pasal ilmu penunduk wanita, siap diorg nk offer kat aku, tp aku masih waras lg & belum tersesat lg dgn ilmu2 perosak akidah ni, diorg ckp mmg "cool bershj" kira pandai ayat & sentiasa tunjukkan perhatian & sikap ambil berat lebih2 lg pd para gadis2 sunti & para wanita muda.
 
Back
Top
Log in Register