BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis diculik selamat

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
Bayan Lepas: Seorang remaja perempuan yang didakwa diculik, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat apabila dua penoreh getah warga Myanmar menemuinya sebelum menghantarnya pulang ke rumahnya di Bukit Sungai Ara, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 14 tahun, ditemui kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan berkaki ayam serta tidak bermaya akibat letih dan kelaparan sebelum dibawa pulang selepas ditemui seorang diri dalam hutan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.


Mangsa mendakwa, dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu, dia tidur di rumah sebelum pintu biliknya dibuka tiga lelaki yang kemudian menutup mulutnya sebelum mencekik dan membawanya keluar dari rumah.

Katanya, dia dibawa naik ke atas bukit tetapi tidak diketahui lokasinya sebelum ditinggalkan di situ tanpa makanan dan minuman sebelum ditemui dua penoreh getah warga Myanmar yang kemudiannya memberi bantuan serta menghantarnya pulang ke rumah.


“Saya tidak mengenali mereka dan diberitahu mereka mahu membunuh bapa dengan pisau tetapi tidak berjaya kerana pintu bilik tidur bapa berkunci sebelum saya menjadi sasaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, dengan ditemani ibu dan bapanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat daripada bapa mangsa kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu yang melaporkan anak perempuannya tiada di rumah ketika bangun tidur.


Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pintu bilik belakang rumahnya terbuka dan selimut anaknya berada atas meja bahagian luar belakang rumah.

Katanya, siasatan turut menemui kesan rumput seperti dipijak orang.


“Tiada kesan umpil ditemui di rumah mangsa yang terletak di atas bukit kira-kira tiga kilometer dari jalan utama. Sejurus menerima laporan polis kira-kira jam 9.40 pagi operasi menjejaki mangsa dijalankan termasuk mendapatkan bantuan dari Unit K9.

“Keterangan daripada ibu, bapa dan abang mangsa mendapati mereka tiada masalah hutang atau lain-lain sehingga menyebabkan mangsa diculik dan penculik juga tidak meminta wang tebusan,” katanya.


Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik dan sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.





kopi&pes
 
Back
Top
Log in Register