kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
KUALA TERENGGANU: Tindakan nekad seorang lelaki melarikan diri bersama sebuah beg dengan meninggalkan isteri serta dua anaknya dalam kereta yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Atas Tol di sini, awal pagi semalam, menimbulkan tanda tanya.
Sebelum kejadian, lelaki itu yang menaiki Proton Perdana putih sanggup mempertaruhkan nyawa ahli keluarga dengan memboloskan diri dari sekatan jalan raya di Kampung Bukit, Chendering di sini, sebelum dikejar kereta peronda polis selama kira-kira 20 minit.
Kereta peronda dinaiki Konstabel Mohd Karudi Yusof dan Konstabel Mohd Aswadi Amin mengejar kereta berkenaan hingga ke Kuala Ibai sebelum pemandunya memperlahankan kenderaan untuk berhenti.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim, berkata ketika anggotanya keluar dari kenderaan untuk melakukan pemeriksaan, pemandu kereta berkenaan mengundur hingga melanggar bahagian depan kereta peronda sebelum memecut melarikan diri.
“Dalam cubaan melarikan diri, kereta itu merempuh sebuah Proton Satria dari arah bertentangan di Jalan Atas Tol kira-kira jam 1.15 pagi.
“Kemalangan itu menyebabkan Proton Satria berkenaan remuk teruk di bahagian depan dan sisi, manakala Proton Perdana pula remuk di bahagian depan,” katanya.
Pemandu Proton Perdana berusia lingkungan 40-an itu kemudian melarikan diri dengan membawa sebuah beg meninggalkan isteri serta dua anaknya berusia 16 dan 13 tahun dalam kereta.
“Isteri dan dua anaknya terpinga-pinga dengan tindakan lelaki itu kerana sanggup meninggalkan mereka yang cedera,” katanya.
Alias berkata, kedua-dua anak lelaki itu yang cedera ringan dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan, manakala isterinya tidak cedera.
Katanya, pemandu Proton Satria terbabit hanya cedera ringan dan hingga petang semalam belum membuat laporan polis.
“Siasatan awal mendapati Proton Perdana itu menggunakan cukai jalan palsu dan tamat tempoh selain nombor plat berbeza.
Alias berkata isteri dan dua anak pemandu Proton Perdana itu ditahan untuk siasatan bagi membantu polis mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.
mymetro online news.