selangorde1
Fun Poster
- Messages
- 417
- Joined
- May 3, 2007
- Messages
- 417
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Bank Negara serbu 6 syarikat
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menyerbu enam syarikat yang disyaki menjalankan urus niaga mata wang asing secara haram di Kuala Lumpur dan Selangor, kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
Aset dan dokumen syarikat syarikat dirampas untuk tujuan penyiasatan, kata bank itu dalam satu kenyataan.
Serbuan ini dibuat semalam berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai ke atas AFS Global Holdings Sdn Bhd, Reed Corporation Sdn Bhd, Sigma Platinum Sdn Bhd, Wisdom Spectrum Sdn Bhd, Maxficient Consultancy Sdn Bhd dan Practical Support Sdn Bhd.
Akta terbabit melarang mana-mana orang, selain peniaga yang dibenarkan iaitu institusi kewangan berlesen untuk membeli atau meminjam sebarang mata wang asing daripada, atau menjual atau memberikan pinjaman sebarang mata asing kepada, mana-mana orang lain selain peniaga yang dibenarkan.
Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sekadar makluman
Nak tanya aje.
Nak tanya ******* IB kan? Jadi bank negara tak kacau ke sebab ******* pun ambik deposit.Bukan apa bimbang ooooo maklum bank negara bukan suka pun rakyat malaysia ni kaya..huhuuhuhu:-?
******* TAK AMBIK DEPOSITED, ******* HANYA PENGANTARA SAHAJA.
