Berita hangat !
Pengujian Metatrader 5 beta secara umum di FxCompany!
MT5 telah dilancarkan pada malam ini oleh MetaQuotes untuk pengujian oleh orang awam. FxCompany dengan sukacitanya menyahut cabaran program pengujian ini dan mengalu-alukan sesiapa berminat memuat turun dan menguji terminal yang baru ini. Anda boleh memuat turun terminal Metatrader 5 Client di
http://www.fxcompany.net/mt5setup.exe. Adalah wajar untuk anda mengambil bahagian dalam pengujian ini bagi memastikan terminal baru ini menjadi lebih baik!
Pelan Pengujian:
1. Tempoh versi beta akan berlangsung selama 5 hingga 6 bulan dari sekarang
2. Trading tool akan menyusul secara berperingkat-peringkat. Sekarang hanya Forex Tools diaktifkan. CFDs, Futures, dll akan menyusul kemudian.
3. Tidak ada pengujian strategi dalam keluaran ini, ianya akan ditambah nanti.
4. Produk Back-office beta-testing untuk broker akan bermula pada bulan November, 2009.
Harap maklum bahawa semua ini hanya untuk tujuan pengujian sahaja, ianya terus ke server MetaQuotes dan kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan daripada pengujian ini. Tidak disediakan untuk real trading.