BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FXCompany and FXOpen

Status
Not open for further replies.
Pasal broker bermasalah, memang aku duk buat gitu pun selama ni. Banyak dah broker yang beri masalah kat aku, just aku tak bgtau terang2 kat forum. Xnk di cop nk jatuhkan broker tersebut. Tapi post aku kat thread ni terkecuali la.

because of your egoness of not exposing those scam broker and this lead to many other trader in loss their money when anything bad happen at the broker
 
ape yg gelut sgt ni, aku tgk si CEO ni xdelah buat serangan hebat ke atas mana2 broker, dia cuma menyampaikan maklumat. lainlah dia ckp stay away from this broker ke, this broker scam ke, kalo mcm tu x kisah la orang nak mengamuk ke nak apa ke
 
dia google translate la tu. :)

Sergey ada sebab dia perangi fxo tu. benda yang bermula sejak awal awal dulu. bukan berperang dari segi kehebatan broker. tapi dari segi kejujuran. Ada individu dalam fxo (tak silap namanya lelyuk), bekas bekerja dengan sergey. dan sergey ckp orng ni telah curi duit beliau ratus K euro rasanya dan dan sehingga tertubuhnya fxo. jadi aku rasa, biarkan dia setelkan sendiri. yang lain2, termasuk aku, kita layan saja.

ooo.. ada kes la ni. Ni baru aku tau. Apa2 hal pun, memang x patut nk dengki kat broker lain. Kalau ada perang personal tu, aku xleh nk komen la.
 
because of your egoness of not exposing those scam broker and this lead to many other trader in loss their money when anything bad happen at the broker

adeh. ko ni tau ke hujung pangkal cerita? terus komen gitu. bila masa plak broker tu scam? ada ke yg loss trade kat broker tersebut? Aku bukan ego, tapi aku nak tegur CEO yang duk buruk2 kan broker lain. Dan ini bukan first broker yang dia serang direct. minggu time krismas pun ada duk serang broker lain.

Satu lagi, aku xde backup mana2 broker. Ngan fxcompany pun aku dah resign. Takde sorang pun yang join under aku sebagai IB. Kalau ko x caya, ko cari la sape yg join fxcompany under aku, memang xde

Aku tegur atas dasar jangan buat stail dengki2 kalau nak berniaga. Orang lain pun cari makan gak.
 
ape yg gelut sgt ni, aku tgk si CEO ni xdelah buat serangan hebat ke atas mana2 broker, dia cuma menyampaikan maklumat. lainlah dia ckp stay away from this broker ke, this broker scam ke, kalo mcm tu x kisah la orang nak mengamuk ke nak apa ke

Sebelum ko menyebelahi sapa2. ko baca dulu thread ni.

1. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=119238

2. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=115086

3. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=121241

Agak2 ko dia bersaing secara sihat atau tak? Kalau dah broker regulated tu, improve broker dia sendiri dulu. buat no swap, cent account, leverage 1:500, fixed spread. Jangan duk sibuk serang broker lain.

Pada pendapat aku, mana2 broker bleh promote broker masing2. Then client bleh nilai sendiri. Kalau client ada masalah payment, dll, bleh kemukakan kat thread broker tersebut. Takkan la nk terhadkan kepada broker yang regulated sahaja kat Carigold. Cukup la ngan regulation kat negara masing2. Broker yang x regulated pun ada yang x bermasalah. Aku sendiri trade kecik2 je, xde pening2 pasal regulated ni. Kalau dah ada fund besar, aku akan join broker yang betul2 regulated dan account segregated kat bank2 utama seperti Ducascopy.
 
Lawatan tu hanya timbul kalau ada yang penuh hasad dengki macam si Mayzus A.K.A CEO Jutawan ni.

Sepatutnya, wujudkan persaingan sihat. Bukannya persaingan cara keji macam ni. Biar client yang nilai mana broker yang baik dan mana broker yang buruk. Setakat 4-5 tahun aku kenal forex ni, jarang jumpa client/trader rugi sebab broker tutup secara mendadak macam HYIP. Biasa nya trader rugi sebab salah trade, ataupun broker yang bermasalah seperti banyak requote, spread berubah-ubah tinggi, server lembab dan ubah2 trade trader. Tu yang patut trader amik berat. Bukannya duk sibuk ngan broker regulated atau tak.

Kalau sapa2 yang x perasan, broker2 lama yang tutup atau bermasalah akan timbul balik dengan nama lain. 2 contoh la aku kasi.

1. NorthFinance dah jadi FxPros
2. Liteforex dan UWCFX owner yang sama.

Pada pendapat aku, kalau takat trade bawah usd100k, better cari broker yang server laju, takde requote, leverage tinggi, spread tetap dan kecil. Ini utk maksimumkan profit. Satu lagi yang penting, cari broker yang NO SWAP atau SWAP FREE. Ini juga paling penting untuk trader yang beragama Islam, biarlah hasil forex kita ni halal. Kalau dapat duit banyak tapi duit tu haram, buat beli makanan, jadi darah daging xde guna gak.

Kalau trader yang ada modal lebih usd100k, ada pilihan broker yang betul2 established, regulated, account segregated ngan bank utama, dan lain-lain. KALAU aku ada duit banyak utk trade pun, aku akan search dulu kat google samada broker tu bermasalah atau tak.

Setakat ni, aku xnak tuju secara spesifik macam mana x bestnya sesuatu broker tu. Aku tulis umum je. aku ni trader biasa je, tapi ada la gak kenal trader2 yang hardcore, hebat. Diorang pun cerdik, x kisah sangat ngan regulated atau tak ni, tapi kisahkan performance broker tu. Aku tulis lagi performance mcm mana : Server laju, xde requotes, spread tetap (fixed spread), spread rendah, boleh scalping, NO SWAP, payment cepat iaitu xde banyak kerenah. Kalau modal banyak tapi susah nk profit sebab masalah2 aku sebut tadi, xde guna gak.

Broker takkan lesap overnight. Biasanya broker2 yang bermasalah akan buat hal seperti yang aku sebut tadi dulu. Nak bayar payment pun banyak kerenah, dll.

Yang duk kecoh2 kat CG kebelakangan ni bukannya masalah payment tapi hanya berkenaan isu2 remeh yang ditimbulkan oleh CEO kafir yang penuh hasad dengki. Mentang2 dia regulated dan ada ofis, duk serang broker yang x regulated dan guna virtual office. Liteforex yang milik dia pun tak regulated pun.

niceeee...:D:D:D...sweet memories with NorthFinance...ekekeke:):)cgrock
 
Recently I have discoverd that FXOpen and FXCompany are using the same address in Cyprus (more details here: http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=5557990&postcount=716)

Today I sent my employee to that address and found that:

There is no FXCompany or FXOpen located at the address indicated at their web sites: 14, Loukis Akrita St., Limassol 3030, Cyprus

Only one company is located at this address - is a law firm DeltaQuest -

To Masyuz,
Thanks for the info and bringing this matters up.
Even im not clear what are your motives be it personal or business..your information is vital and it is a fact!

To Traders,
Look at the facts. Be a wise trader.

:)cgrock

Pop
 
Sonche,

Marah betul ko nih dari statement atas.
Semua broker forex yang ada trader dari Malaysia, semua CEO orang KAFIR.

Ada betulnya jugak apa yang si CEO Kafir tuh cakap. Ko nak ke trade lepas ko tahu yang broker tuh hanya ada virtual office yang sewanya dlm USD300 sebulan?

Risiko di mana-mana ada. Adakah ko sanggup gadaikan puluh ribu kalau tak sampai ratus ribu untuk deposit ker broker yang memang dah nyata takder office.

Sejak 2005 aku trade forex, hanya 1 sahaja broker yang aku pernah trade dengan broker tak berlesen : NorthFinance.

Selainnya semua berlesen. Kalau rasa broker lain bermasalah, jangan libatkan diri dengannya.

Kita pun janganlah cepat melenting kalau broker yang kita deposit duit dikenalpasti bermasalah.

Kalau ada rasa curiga, withdraw duit dan cariklah broker yang memang ada nama dan modal berbayar besar.

isunya kenapa skrg...kenapa xsebelum ni...selepas CEO tu muncul baru isu ni diperkatakan.

ia lebih melibatkan masalah peribadi antara mereka...masalah ni dipanjangkan secara halus disini....soalan mayzus benar tidak bersifat menyerang secara terang...namun ia lebih kepada cuba mencari jawapan kepada masalah peribadi dia tu........kenapa disini? kenapa xditempat dia........sedangkan mereka dulu kan pernah bekerja bersama......


anda trader...anda tentukan broker mana yg anda nak trade...as long as broker tu xde masalah payment.....itu dah ok..

xnampak plak broker tu....ada masalah payment...sume komuniti trader mereka xde plak bising..........


Kami semua disini mencari makan........dan sy mengangap kesemua broker disini adalah kedai makan dijalankan owner masing2....

Kami pelanggan hanya makan....mana kedai yg sedap kami pergi...asal murah..cepat dan layanan mesra tu dah ckup bg pelanggan... pelanggan xkisah kedai makan tu tepi jalan ker...


dan sbg pelanggan, mmg xnak tau apa masalah antara owner kedai makan ni...dan sebagai owner kedai, anda lebih patut menyelesaikan masalah peribadi anda dibelakang..

lgpun..sume orang bermula dari bawah.......mungkin kita skrg dah kat atas...tp dahulu adakah kita mmg diatas..mula dari bawah jugakkan..
 
ooo.. ada kes la ni. Ni baru aku tau. Apa2 hal pun, memang x patut nk dengki kat broker lain. Kalau ada perang personal tu, aku xleh nk komen la.

ye bro. kes ni berlaku awal2 dulu. kes curi duit tokey, dan buat broker lain. jadi, yang mana berkaitan dengan lelyuk, fxopen, dia akn perangi. so, soalannya, kenapa sekarng? kenapa bukan dulu? itu kena tanya diorng lah. dendam kesumat mungkin, atau mungkin ada isu yang dibangkitkan oleh sebelah sana. aku pun tak tau, so aku takleh nak tulis sembarang.

kita pun marah sampai nak debik2, nak parang2 kalau orang curi duit kita. dia pun camtu. cuma situasi kita dan dia berbeza. situasi kita, kita dah duk dalam tu, bawah naungan broker tersebut. mestilah kita nak pertahankan. lagi2 kalau kita tak tahu sejarah. kalau aku pun, aku pasti, aku juga akan begitu.

situasi dia lain. orng curi duit dia. mesti dia hangin dengan orang tu. so, kalau dia serang orng yang curi duit dia, kita yang duk bawah syarikat yang curi duit dia tu, macammana? memang bukan salah kita pun. kita just join. tapi apa kita boleh buat?

dia ni bukan nak serang membuta. dia ada sebab dia sendiri. yang aku nampak, yang berkaitan dengan fxopen - lelyuk. dan dlm forum ada rangkaian2 dia. itulah yg aku nmpak.

cerita detail pasal benda ni, ada sesetengah orng saja yang tau. tak seme tahu sejarah dia.

aku pun bukan tahu semua. sbb tu bila orng kutuk2. aku tak kisah pun.
 
Last edited:
isunya kenapa skrg...kenapa xsebelum ni...selepas CEO tu muncul baru isu ni diperkatakan.

ia lebih melibatkan masalah peribadi antara mereka...masalah ni dipanjangkan secara halus disini....soalan mayzus benar tidak bersifat menyerang secara terang...namun ia lebih kepada cuba mencari jawapan kepada masalah peribadi dia tu........kenapa disini? kenapa xditempat dia........sedangkan mereka dulu kan pernah bekerja bersama......


anda trader...anda tentukan broker mana yg anda nak trade...as long as broker tu xde masalah payment.....itu dah ok..

xnampak plak broker tu....ada masalah payment...sume komuniti trader mereka xde plak bising..........


Kami semua disini mencari makan........dan sy mengangap kesemua broker disini adalah kedai makan dijalankan owner masing2....

Kami pelanggan hanya makan....mana kedai yg sedap kami pergi...asal murah..cepat dan layanan mesra tu dah ckup bg pelanggan... pelanggan xkisah kedai makan tu tepi jalan ker...


dan sbg pelanggan, mmg xnak tau apa masalah antara owner kedai makan ni...dan sebagai owner kedai, anda lebih patut menyelesaikan masalah peribadi anda dibelakang..

lgpun..sume orang bermula dari bawah.......mungkin kita skrg dah kat atas...tp dahulu adakah kita mmg diatas..mula dari bawah jugakkan..

first time aku tengok Nemo post berjela2. Kecuali kat thread gossip. :)paid

Kalau gaduh pasal kedai makan pun aku akan terasa hati sebab aku pun berniaga kedai makan. :p
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15282
USD / JPY
160.259
GBP / USD
1.33390
USD / CHF
0.79786
USD / CAD
1.39558
EUR / JPY
184.749
AUD / USD
0.70449
Back
Top
Log in Register