FXCL Markets Ltd - ms.fxclearing.com

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13748
USD / JPY
107.351
GBP / USD
1.25219
USD / CHF
0.93952
USD / CAD
1.36227
EUR / JPY
122.110
AUD / USD
0.69508

CG Sponsors




alisha_nabila

Super Active Member
Joined
Jun 18, 2010
Messages
6,548
Reaction score
24
Points
65
Assalamualaikum kepada trader FXCL Malaysia, dukacita saya ingin memaklumkan bahawa saya, Alisha selaku “Local Support FXCL” tidak lagi terlibat dalam menguruskan sebarang transaksi Deposit dan Withdrawal bermula pada hari ini.

Bagi semua trader yang menggunakan “Local Deposit”, anda jangan khuatir kerana jika ingin melakukan withdrawal pada akaun trading, anda boleh hantarkan permohonan anda ke [email protected] atau hubungi terus menggunakan Live Chat di dalam laman web rasmi FXCL www.fxclearing.com

FXCL tidak akan menggunakan lagi kaedah “Local Deposit” bagi sebarang transaksi bermula pada hari ini dan semua urusan akan ditukarkan kepada Online Bank (H2P) atau Paytrust.

Bagi client yang sedia ada, jangan risau kerana pihak FXCL akan mengemaskini akaun anda dan menukarkan dari Local ke H2P.

Saya sangat berbesar hati kerana dapat berkhidmat bersama anda dan mengenali anda sepanjang 10 tahun bersama FXCL.

Semoga anda sebagai trader FXCL akan terus berjaya dalam aktiviti trading dan akan memperoleh keuntungan pada masa akan datang.


Yang Ikhlas,
Alisha
 
Last edited:
Sponsored Post

jai_x5

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2007
Messages
7,776
Reaction score
23
Points
65
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi sokongan kepada saya selama hampir 10 tahun berada di FXCL Markets.

Berat hati saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak lagi bekerja dengan FXCL Markets bermula hari ini.

Sehubungan itu, kepada yang telah membuat deposit/pengeluaran menggunakan kaedah Local, anda boleh menghubungi Live Chat atau [email protected] dan menukar kaedah deposit/pengeluaran kepada H2P.

Kemudian, anda boleh membuat deposit seperti biasa menggunakan kaedah H2P. Minimum deposit untuk kaedah H2P adalah MYR 50.

Deposit menggunakan H2P adalah instant terus masuk ke akaun perdagangan anda. Deposit menggunakan kaedah ini boleh dibuat pada bila-bila masa.

Cara untuk mendeposit adalah mudah, anda hanya perlu membuatnya melalui kabinet sahaja https://www.fxclearing.com/ms/my/cabinet/fund/deposit

**Cuma pastikan apabila mendeposit, anda tidak menggunakan akaun bank pihak ketiga. Deposit mestilah di atas nama bank pemilik akaun trading.

Untuk pengeluaran pula, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran H2P di dalam kabinet https://www.fxclearing.com/ms/my/cabinet/fund/withdraw

**Untuk pengeluaran, anda tidak boleh menggunakan akaun bank pihak ketiga. Pengeluaran mestilah di atas nama bank pemilik akaun trading.

Proses pengeluaran biasanya mengambil masa di antara 24 - 48 jam.

Saya mendoakan tuan2 dan puan2 semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Terima kasih sekali lagi dan semoga kita berjumpa lagi. Saya berbesar hati dapat memberikan perkhidmatan kepada tuan2 dan puan2. Untuk sebarang pertanyaan atau apa-apa sahaja, tuan2 dan puan2 boleh menghubungi saya seperti biasa melalui Whatsapp/Telegram/SMS/Telefon.

Sekian.

Yang Benar,
Jai


 
Sponsored Post
Top
Log in Register