boring2 aku saja lepak baca keluhan kaki pasif tegar.. kalau setakat lebur bawah dari RM10k aku rasa tak berderau sangat darah tu.. kalau pinjam ah long sudah semestinya berderau lah.. aku harap tak ada yang pinjam dari ahlong.. nauzubillah..
aku dapat rasa perasaan kawan bro yang lebur RM105,000 tu.. bukan sikit duit.. kalau duit simpanan agak ralat gila lah.. pasal tak ada hasil langsung.. tapi kalau duit loan bank, memang sakit hati sangatlah.. menyumpah tak habis2 selama bayar loan tu tiap2 bulan.. senak beb..
sudah2lah tu dengan tawaran program bebas kewangan konsep duduk diam dapat duit ni.. sudah2lah.. sedih aku tengok kebanyakkan bangsa aku jugak yang terkena..
buatlah bisnes yang sudah semestinya memerlukan usaha untuk berjaya.. jual kerepek ke, buka warong ke, meniaga roti canai ke.. tido malam pun lena..
entahlah.. tak tahu nak komen apa lagi dah.. rasa simpati gila dengan orang kita yang lebur duit berpuluh2 ribu tu.. doa banyak2 semoga dipermudahkan segala urusan.. amin..