BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fugaku Kekal Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Superkomputer yang dibangunkan oleh Fujitsu dan Institut Penyelidikan Kebangsaan Jepun, Riken yang dikenali sebagai Fugaku telah mengekalkan statusnya sebagai superkomputer yang terpantas di dunia. Ia sekaligus menewaskan superkomputer yang dibangunkan firma China dan Amerika.

Kuasa teras pemprosesan Fugaku adalah sebanyak 7,630,848 membolehkan ia memperoleh skor tanda aras HPL (High-Performance Linpack) tertinggi iaitu sebanyak 442 Pflop/s menerusi cip pemprosesannya iaitu ARM A64FX. Malah kuasa pemprosesan Fugaku adalah 3 kali lebih tinggi daripada superkomputer yang berada di tangga kedua iaitu Summit.

Summit yang merupakan superkomputer yang dibangunkan oleh IBM hanya memperoleh skor tanda aras HPL sebanyak 148.8 Pflop/s. Walaubagaimanapun, Summit kekal sebagai superkomputer terpantas di Amerika ketika ini. Sementara di tangga ketiga juga turut menjadi milik superkomputer dari Amerika iaitu Sierra.

Manakala di tangga keempat pula menjadi milik superkomputer dari China iaitu Sunway TaihuLight yang dibangunkan oleh National Research Center of Parallel Computer Engineering & Technology (NRCPC).

Sunway TaihuLight yang dipasang di Pusat Kebangsaan Superkomputer yang terletak di Wuxi, Jiangsu memperoleh skor tanda aras HPL sebanyak 93 Pflop/s.

Berikut adalah senarai 10 superkompter terpantas bagi tahun 2021 menrut Top 500

Screenshot-2021-07-03-at-20.38.16.jpg

1625734893320.png
 
Apa diorang buat dengan super komputer ?
benda ni boleh "dikatakan" sebagai super weapon dlm ketenteraan..

cuba bayangkan klo ada super komputer yang boleh predict punca kemenangan dalam peperangan ?

let say kita masuk input data.. sc predict upcome possibility ?

atau cuba bayangkan sc di arah untuk cari spesifik individu secara live camera guna hacking tool ?

menarik kan ?
 
Bru nak tanya soalan sama jugak
Apa tujuan buat super komputer ni
Tengok apa tuan cuba kongsikan ni
No wonder la kuasa² besar buat mende ni
 
guna utk mining bitcoin cash best ni.. mesti byk dpt dlm 1 jam
 
Apa diorang buat dengan super komputer ?
benda ni boleh "dikatakan" sebagai super weapon dlm ketenteraan..

cuba bayangkan klo ada super komputer yang boleh predict punca kemenangan dalam peperangan ?

let say kita masuk input data.. sc predict upcome possibility ?

atau cuba bayangkan sc di arah untuk cari spesifik individu secara live camera guna hacking tool ?

menarik kan ?
Bru nak tanya soalan sama jugak
Apa tujuan buat super komputer ni
Tengok apa tuan cuba kongsikan ni
No wonder la kuasa² besar buat mende ni

Supercomputer ni banyak kegunaan, ketenteraan, penyelidikan, cuaca & bencana alam, perubatan, pertanian, sistem pengangkutan berkomputer (kapal terbang / kapal selam dll), bruteforce code-breaking, ramalan alam semesta (quantum mechanics) dan banyak lagi .. ia berfungsi sebagai pusat data berteknologi amat tinggi untuk negara2 maju ..

sistem Supercomputer negara kita semua duduk dalam Parlimen :D
 
Ok bang
Memang banyak kegunaan nya rupa nya
Baru tahu 😁
 
Back
Top
Log in Register