BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

friendster tiru facebook ke?

kapak

Legendary Member
gem
Messages
19,651
Joined
May 30, 2008
Messages
19,651
Reaction score
271
Points
141
dh beberapa bulan xbukak friendster. hari ni bila login jer, tgk memang sebijik dia tiru facebook kt bhgn home tu..

ada sesapa blh komen?
 
aku pun perasan minggu lepas..

sayrikat malaysia yg beli, sebab tu berubah jadi cam facebook..huhu..

aku masih suka dgn layout lama..:p
 
aku pun perasan minggu lepas..

sayrikat malaysia yg beli, sebab tu berubah jadi cam facebook..huhu..

aku masih suka dgn layout lama..:p

syarikat malaysia beli friendster? tul ke? sblm ni sape yg punya?
 
tak silap aku sykt malaysia yg jual molpoint tuh..utk on9 game
 
smalam pon member bagitau... layout web FS hampir sama dgn FB.
 
KUALA LUMPUR 10 Dis. - MOL Global milik tokoh korporat tempatan, Tan Sri Vincent Tan telah membeli Friendster, perintis jaringan sosial dalam talian yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

Laman jaringan itu juga dikatakan akan ditukar konsepnya kepada e-dagangan.

Bagaimanapun harga pembelian entiti itu tidak dinyatakan.

Friendster mula dikenali pada 2002 apabila digunakan secara meluas untuk berkongsi video, foto dan mesej sebelum popularitinya dicabar oleh kemunculan pesaing terdekatnya seperti Facebook.

Para penggunanya pada waktu ini kebanyakannya di Asia, demikian menurut satu kenyataan di sini.

Di bawah perjanjian baru itu, Friendster yang diambil alih oleh MOL Global akan bergabung dengan firma pembayaran secara dalam talian MOL Acces Portal yang dikawal oleh Tan.

"Kombinasi baru entiti itu memberikan Friendster sokongan kewangan, pengagihan peruncitan dan infrastruktur e-dagangan yang membolehkan kami menjana strategi," kata Ketua Eksekutif Friendster, Richard Kimber.

Friendster kini memiliki 75 juta pengguna berdaftar dengan 90 peratus datangnya dari Asia manakala MOL mempunyai 500,000 saluran rangkaian fizikal dan maya di 75 buah negara bagi mengutip bayaran untuk kandungan dan perkhidmatan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MOL, Ganesh Kumar Bangah berkata, penggabungan itu akan membenarkan laman tersebut melalui transformasi kepada gabungan laman sosial media kepada saluran pemasaran dalam talian.

Katanya, laman itu akan dilengkapkan dengan platform pembayaran berintegrasi yang turut menawarkan permainan, bahan-bahan menarik dan muzik.

Perjanjian itu terbentuk setelah dua syarikat berkenaan membuat pakatan perniagaan pada Oktober lalu yang mana MOL telah dilantik untuk menyediakan platform pembayaran berintegrasi untuk perkhidmatan e-dagangan Friendster.

Dua perkhidmatan itu adalah dari Friendster Wallet dan Friendster Gift Shop yang membenarkan pengguna laman membeli hadiah secara maya untuk rakan-rakan.

Selain daripada MOL, Tan turut memiliki syarikat yang terlibat dalam aktiviti hartanah, santai, perjudian dan kepentingan kewangan di bawah konglomerat Kumpulan Berjaya.

Beliau juga memiliki francais peruncitan di Malaysia dan melangkaui Asia Tenggara untuk 7 Eleven, Starbucks dan lain-lain. -
 
Friedster was suck~...
Aku takbleh login...pasal kna verifiy~!
 
Back
Top
Log in Register