BTC USD 85,483.4 Gold USD 4,128.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

yg penting pendedahan. nak2 lawan team mat saleh, arab dan afrika. kalau biasa main dgn pemain yg fizikal besar ni, secara tak langsung bila lawan negara2 asia tenggara, kita akan rasa lebih confident.

mmg btl tu bro
pendedahan yg pntg
dpt pengalaman
ley apply bila lawan team lain
 
Utk games ketiga, katanya akan gabungkan player game pertama = player game kedua....

kita tengok hasilnya nanti..
harap OKS dpt atasi segala kekurangan yg masih ada..:)cgrock
 
harap mattch terakhir pada 19hb nih pasukan KITA mampu memberikan keputusan yg memberangsangkan agar dpt menghadirkan gerun buat pasukan olimpik Saudi dan mengembalikan keyakinan dlm mengharungi baki 3 perlawanan kelayakan pada feb tahun depan....

selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya....
 
itu lah yg d hrp kan
moral skuad negara akn meningkat nanti
 
Harimau Muda tewas aksi kedua

ADA mesej yang cukup positif diterima pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sebaik pasukannya dijinakkan 0-1 oleh Central South Mariner dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Mini Central South Mariner, Sydney pagi semalam.

Ketiadaan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang terpaksa dikeluarkan pada penghujung babak kedua gara-gara kecederaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan tuan rumah yang berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika berlaku keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Harimau Muda pada minit ke-85.

Apa yang pasti, ia merupakan pengajaran yang berguna buat Kim Swee supaya tidak sekadar bergantung harap dengan gandingan Muslim dan Muhamad Fadhli Shas bagi mengemudi benteng pertahanan negara selepas ini, dan ia juga diakui oleh pengendali berasal dari Melaka itu.

“Benar, rentak permainan dilihat berubah sebaik Muslim dikeluarkan gara-gara kecederaan betis.

“Namun, saya masih tidak terlalu bimbang kerana sememangnya matlamat asal saya sepanjang menimba ilmu di Australia ini adalah bagi membentuk persefahaman dan juga gandingan pemain-pemain baharu serta yang jarang diturunkan sebelum ini.

“Malah, persembahan Mohamad Amer Saidin yang masuk menggantikan Muslim juga tidak mengecewakan meskipun sekadar beraksi kurang daripada 10 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Sebelum ini, dalam aksi pembuka tirai menentang Sydney FC kelmarin, skuad kendalian Kim Swee berpesta gol apabila menang 3-0 hasil jaringan K. Gurusamy dan dua gol ledakan Ahmad Hazwan Bakri.

Sementara aksi Harimau Muda menentang Central South Mariner pula sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini sebelum dianjakkan sehari lebih awal semalam memandangkan jadual kelab itu difahamkan cukup padat lantaran persiapan mereka menjelang aksi Liga Australia (Liga-A) musim depan.

Untuk rekod, Central South Mariner merupakan pasukan keempat terbaik Liga-A bagi musim ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, bahawa beliau juga melakukan beberapa pertukaran di bahagian tengah semalam apabila membawa keluar Gurusamy dan Fandi Othman dan memasukkan S. Sivanesan dan Nazirul Naim Che Hashim pada babak kedua.

Persembahan keseluruhan pemain juga, katanya, tidak menghampakan termasuk keberkesanan tindakan penyudah yang dipamerkan Ahmad Hazwan sekali gus memberikan lebih banyak pilihan buat Kim Swee di jentera serangan.

“Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan menguji pemain baharu seperti S. Sivanesan dan Shahrul Saad menjelang pertemuan terakhir menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini,” katanya.
 
Jangan kecil hati jika jarang diturunkan - Kim Swee

Tutup buku dengan kemenangan'

KIM SWEE (dua dari kanan) tidak mahu pemain-pemainnya berasa kecil hati jika tidak diturunkan dalam aksi persahabatan di Australia.

LUMRAH di dalam kehidupan, 'api' cemburu pastinya membara di hati masing-masing seandainya tidak lagi menjadi pilihan dan sering diketepikan.

Justeru, pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee begitu lantang mahu kesemua 23 pemainnya yang dibawa 'berguru' ke Australia kali ini supaya bebas daripada 'dijangkiti' anasir negatif iaitu 'PHD' (perasaan hasad dengki).

Selepas kejayaan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC dalam aksi pembuka tirai Selasa lepas sebelum tewas 0-1 kepada Central South Mariner kelmarin, sudah pasti anak-anak buah Kim Swee begitu teruja dan tidak mahu melepaskan peluang supaya diturunkan ketika kembali membuat perhitungan dengan kelab itu pada aksi terakhir aksi persahabatan di bumi Australia pada 19 Disember ini.

Tambahan pula, ia dilihat sebagai hadiah hari jadi yang paling bermakna buat Kim Swee yang genap berusia 41 tahun pada 11 Disember lalu.

"Kesemua pemain seharusnya faham dengan keputusan saya untuk mencuba pemain baharu dan yang jarang diturunkan sepanjang berada di Australia kali ini.

"Justeru, mana-mana pemain sedia ada yang sering menjadi pilihan saya sebelum ini sewajarnya tidak cemburu dengan perkara ini demi kebaikan pasukan di masa depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Antara muka baharu yang dibawa Kim Swee 'terbang' ke bumi kanggaru itu ketika ini termasuklah S. Sivanesan, Shahrul Saad dan Mohd. Shahril Saari.

Menurut Kim Swee, mereka yang pada mulanya dijadualkan menentang Newcastle Jets pada aksi terakhir, terpaksa membatalkan hasrat itu kerana pasukan lawan mahu menangguhkan perlawanan sehari lewat (20 Disember) pada saat-saat akhir kelmarin gara-gara masalah yang tidak dapat dielakkan, sedangkan pasukannya dijadualkan kembali semula ke tanah air pada hari berkenaan.

"Justeru, kami akan menentang semula Central South Mariner pada aksi terakhir sebagai ganti di stadium yang sama sebelum ini, cuma waktu perlawanan sahaja masih belum diputuskan," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee secara kasarnya mengakui telah mendapat ilham dalam mengenal pasti kesebelasan utama pemain ketika menentang Central South Mariner kelak, namun masih kekal berahsia mengenai siapa yang bakal diturunkan dan sekadar membayangkan mahu menguji pemain berusia di bawah 20 tahun dalam perlawanan tersebut nanti.

Apa yang lebih mustahak katanya, mana-mana pemain yang diturunkan nanti dapat mengekalkan rentak dan corak permainan yang diterapkan, selain memanfaatkan tempoh rehat yang lebih lama kali ini selepas terpaksa berdepan dengan Sydney FC dan Central South Mariner dalam dua hari berturut-turut sebelum ini.

"Saya juga mahu kesemua pemain belajar mengawal bola dengan lebih baik serta mengekang asakan pemain lawan daripada memasuki kawasan bahaya kerana dengan pengalaman sebegini, ia dilihat dapat meningkatkan keyakinan pemain dan juga pendedahan berguna bagi membolehkan mereka lebih matang di tengah padang.

"Oleh itu, saya menuntut pemain saya supaya memberikan yang terbaik ketika menentang Central South Mariner nanti, sekali gus 'menutup buku' di Australia dengan kejayaan," katanya.

Tanpa berselindung, Kim Swee juga mengakui memerlukan sekurang-kurangnya dua perlawanan berkualiti seperti ini dalam tempoh sebulan lagi sebagai persiapan jangka panjang kerana ia boleh membantu mengekalkan momentum pasukannya untuk menyinar dalam aksi Liga Singapura dan juga menjelang baki tiga aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia awal tahun depan.
 
semoga skuad negara dpt kemenangan last game :)cgrock
 
Latihan skuad negara di australia lebih kepada latihan taktikal corak permainan, ini sebagai persediaan skuad ini menghadapi 3 lagi baki perlawanan kelayakan olimpik 2012 dan persediaan menghadapi saingan liga singapura.
 
Dgn adenya game2 mcm nie harap dpt meningkatkan le prestasi permainan HM nie
 
Back
Top
Log in Register