BTC USD 32,598.0 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Free Decentralized Online Storage" || Decentralized Online Storage Percuma

samad

Fun Poster
Joined
Dec 26, 2005
Messages
926
Reaction score
109
Points
23
Free Decentralized Online Storage


Seperti mana yang semua tahu, apabila disebut perkataan file hosting atau cloud hosting, semua akan membayangkan servis seperti Google Drive, iCloud, DropBox, We Transfer dan lain-lain lagi. Kesemua servis yang dibayangkan adalah berbentuk "centralized" di mana akan ada satu "service provider" yang akan mengawal selia operasi dan juga "server" yang digunakan.

Kini pengguna boleh menggunakan servis percuma yang dibangunkan oleh Skynet Labs. Projek ini adalah projek "decentralized storage" yang dibangunkan pada tahun 2017. Konsep projek adalah tertakluk kepada konsep '"decentralised" dimana data anda adalah milik anda dan bukan dimiliki oleh syarikat dan projek ini juga boleh digunapakai sebagai projek hos laman web "backup" jika sekiranya pihak berwajib menutup akses laman web atas sebab-sebab tertentu.

Jika anda ingin mencuba anda boleh menggunakan antara keempat pilihan:

1) Aplikasi "mobile" - Klik pautan di sini untuk memilih sistem pengoperasian telefon bimbit anda: http://app.skydrop.hns.to

Screenshot 2021-06-22 at 8.37.27 PM.png


2) Aplikasi web tanpa perlu mencipta akaun dan had sesebuah fail adalah 8GB - Klik pautan dan mula "upload": https://skysend.hns.siasky.net

Screenshot 2021-06-22 at 8.38.14 PM.png



3) Aplikasi web dengan mencipta akaun dan had setiap fail adalah 1GB - Klik pautan dan mula mencipta akaun: https://siasky.net

Screenshot 2021-06-22 at 8.36.30 PM.png


4) Aplikasi web yang membolehkan anda berkongsi apa sahaja fail seperti video, audio, pdf, gambar dan lain-lain. Penerima boleh membaca, menonton, mendengar secara langsung tanpa perlu memuat-turun fail tersebut. Had sesuatu fail adalah 1 GB. Sila klik di pautan dan mula: https://skyportal.xyz
Contoh: https://skyportal.xyz/BabyBus.mp4

Screenshot 2021-06-22 at 8.39.10 PM.png


Silakan mencuba.
 
Last edited:

CG Sponsors




Top
Log in Register