BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Freddie nafi kena tampar?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: “Saya langsung tidak disentuh apatah lagi ditampar, semua dakwaan Zainal adalah palsu,” kata Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez (gambar) menolak dakwaan bekas Presiden Karyawan, Zainal Abidin Omar kononnya beliau ditampar seorang samseng yang juga bukan ahli Karyawan yang menceroboh masuk ke Bilik Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Khas persatuan itu mengakibatkan berlaku kekecohan di pejabat Finas, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah, 34, turut dipukul beberapa lelaki ketika cuba melindungi Freddie daripada dicederakan samseng terbabit yang bertindak mencetuskan keadaan huru-hara di bilik mesyuarat itu yang dipercayai dirancang Zainal.


Freddie berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Zainal yang dikatakan menjadi dalang utama kekecohan walaupun pada permulaan mesyuarat semuanya berjalan lancar dengan pengawalan dari peguam yang dilantik.
 
Tak habis habis lagi kes karyawan nie...Tutup jerlah. Abis cerita
 
yer la....
malu la kalau tau dek orang kena tampar...
wakakakakaka
 
Back
Top
Log in Register