1. Triangle Arbitrage
Cuba anda cari pair yang biasanya bergerak pantas (seperti EUR/USD dan USD/JPY), price untuk pair yang bergerak lebih perlahan seperti EUR/JPY akan dapat ditentukan dengan mendarab (atau membahagi, etc) price pair yang bergerak pantas (EUR/USD dan USD/JPY).
Jadi, sebagai contoh, jika price EUR/USD pada 1.4871 dan USD/JPY pada 108.24, secara logik nya price EUR/JPY adalah pada 1.4871 x 108.24 = 160.96. Tetapi, pada masa yang sama, anda akan melihat price EUR/JPY adalah pada 160.90, ketinggalan 6 pips di belakang.
Pair yang bergerak perlahan biasanya akan ketinggalan di belakang logical price (hasil daripada price pair yang bergerak pantas). Anda akan melihat peluang untuk membuat keuntungan daripada konsep logical price tadi.
Secara praktikal, matawang di-quote dengan bid dan ask spread. Jadi trader mesti berhati-hati bahawa dia sebenarnya buy pada quoted ask price, dan sell pada quoted bid price. Kos transaksi selain spread, seperti komisen juga perlu diambil kira dimana ia boleh menjejaskan strategi makan free ini. Trader perlu memilih broker yang mempunyai pip spread yang rendah untuk triangle pair tersebut dan zero comission trading.