BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FOTON SAGA : Model baru 2008

China & cetak rompak tidak boleh dipisahkan. Bagai Irama & Lagu, Bagai Aur dgn Tebing, Bagai Isi dgn Kuku. Kalau dipisahkan, pincanglah China.
 
Last edited:
Apa la yg korang nak bangga sangat dgn si China ni sampai korang kutuk bangsa Melayu sendiri? ingat perbuatan mulia ke ciplak menciplak hasil hak cipta orang lain 100% macam tu? tak kiralah samada ciplak teknologi, ciplak nama hakcipta/copyright, itu semua menyalahi etika dan undang-undang perniagaan. China ni dia bukannya kira hapa. Semua nak cepat untung jer.

Jepun & Korea pun menciplak jugak. Jepun & Korea maju dlm bidang automotif, elektronik, kejuruteraan sebab diorang belajar dari barat kemudian ciplak apa yg barat buat, tapi diorang kembangkan teknologi diorang dgn pengetahuan & kreativiti sendiri. Barat buat kereta, diorang pun buat kereta sendiri. Barat buat radio/tv, diorang pun buat radio/tv sendiri. Semua macam tulah. Maknanya, dia tak ciplak 100% dan tak mendakwa apa juga teknologi/nama/paten/hakcipta kepunyaan orang lain itu, adalah hak sendiri macam si China.

Sebab tu barang2 buatan Jepun & Korea lebih bagus kualitinya daripada barang2 buatan China. China memang negara lubuk barangan tiruan & cetak rompak. Teknologi yg diorang ada digunakan utk mencetak rompak paten orang lain dan jual semula utk kaut untung. Sebab tu orang Cina Malaysia senang nak meniaga kat Melaysia sebab diorang boleh dapatkan bekalan barangan tiruan dari negara China. Majoriti barangan yg dijual oleh orang Cina di Malaysia adalah barangan yg diimport dari negara China. Jadi, kualitinya masih mencurigakan.

Korang sendiri tau kan, spare part Proton pun dicetak rompak kat China. Sebab tu korang boleh beli disc brake, brake caliper, oil filter dan macam2 lagi komponen Proton dgn harga bawah RM50.00, berbanding yg asli harganya atas RM50.00. Spare part lain pun kena tiruan jugak mcm Toyota, Honda, Mitsubishi, Nissan, Daihatsu. Kebanyakannya spare part kenderaan dari Jepun & Korea yg kena cetak rompak oleh China. Kalau korang berani, korang beli le timing belt utk keta Proton korang yg berharga bawah RM100.00 walaupun tulis buatan Mitsubishi kat leblnya. Itu Mitsubishi tipu tu. Timing belt kalau harganya bawah RM100.00 satu set bermakna itu buatan Chinalah tu.

Beberapa tahun lepas kan ada keluar berita pasal syarikat GM nak saman syarikat pembuat kereta China, Chery sebab ciplak paten model Chevrolet Spark. Kereta Chery QQ sama hampir 90% semua komponennya dgn Chevrolet Spark. Toksah caya la kereta2 dari China ni. Ntah ciplak dari negara mana kita pun tak tau. Kalau kita dulu Proton ciplak dari Mitsubishi tapi Proton belajar & kembangkan teknologi dgn cara sendiri & kreativiti sendiri sampai mampu buat enjin, platform, casis, model, komponen sendiri tanpa perlu bergantung kepada Mitsubishi lagi.
 
Back
Top
Log in Register