northbioasli
Super Active Member
- Messages
- 5,551
- Joined
- Oct 27, 2011
- Messages
- 5,551
- Reaction score
- 107
- Points
- 73
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad dicadangkan bersemuka melalui forum khas dan disiarkan secara langsung kepada rakyat.
Idea itu disyorkan selepas temu bual bersama Perdana Menteri dalam Program Soal Jawab Khas yang disiarkan TV3, dikatakan tidak menjawab isu yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri.
Menurut Shahbudin Husin yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, jawapan yang diberikan Najib amat mengecewakan.
Jelasnya, jika rata-rata rakyat dan penonton tidak puas hati, sudah tentu Tun Mahathir lebih tidak puas hati dengan jawapan itu.
Oleh itu, dia berpandangan dengan menemukan dua tokoh berkenaan di pentas yang sama akan mampu merungkai banyak jawapan dan persoalan yang bermain di fikiran rakyat.
“Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula, lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir”, tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.
Katanya, penonton meletakkan harapan yang tinggi terhadap temubual dengan Najib untuk mendengar jawapan dari mulutnya sendiri.
Bagaimanapun, selepas meneliti satu persatu penjelasannya, ia tidak seperti yang diharapkan sehingga hilang “stim”.
“Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula, lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir.
Najib juga dikatakan gagal menjawab soalan mengenai kehilangan wang 1MDB sehingga hutangnya “mencanak-canak” mencapai RM42 bilion hanya dalam tempoh enam tahun.
Dia berkata, Najib seperti berselindung di sebalik audit yang sedang dijalankan terhadap 1MDB untuk memberikan jawapan secara berani dan berterus-terang berkenaan pelbagai isu yang membabitkan syarikat pelaburan itu.
“Jawapan berkenaan wang yang disimpan di Pulau Cayman juga berbeza dengan pelbagai laporan sebelum ini. Sebelum ini tidak dinafikan wang itu disimpan di sana, tetapi malam tadi Najib mengatakan pulau itu hanya tempat pendaftaran saja” soalnya.
Mengulas mengenai persoalan mengenai Altantuya Shaaribuu, dia berkata, Perdana Menteri hanya mengulangi kenyataan sumpah yang dibuatnya, sedangkan perkara itu bukan yang dibangkitkan Dr Mahathir.
“Isu Altantuya bukanlah tentang Najib kenal atau tidak, pernah berjumpa atau sebaliknya tetapi lebih untuk menuntut keadilan bagi kedua-kedua anggota polis, Sirul dan Azilah iaitu siapakah yang memberikan arahan kepada mereka” tulis Shahbudin.
Katanya, kegagalan Najib memberi jawapan akan mengundang serangan balas Dr Mahathir.