BTC USD 80,639.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Formula pekan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Eksklusif: "Formula Pekan", Terbukti Najib Razak Kemaruk Menang Pilihanraya Akhirnya Tergamak Pelihara Rakyat Asing Hanya Untuk Kekuasannya

PEKAN, 26 Ogos - Kekalahan memalukan BN di kerusi DUN Permatang Pasir Pulau Pinang semalam, jelas sekali menjatuhkan reputasi dan maruah Perdana Menteri Najib Razak. Beliau yang sebelum ini mendabik dada, kononnya rakyat sudah mula celik mata untuk melihat segala jasa dan pengorbanan UMNO BN terhadap pembangunan di negara ini. Ia berkaitan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh parti PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebelum ini. Namun, panas yang disangka hingga ke petang itu akhirnya hujan di tengahari. Kekalahan BN di Permatang Pasir merupakan tamparan hebat buat Najib dan puak-puak UMNO BN sebenarnya. Mereka boleh mendabik dada kononnya berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Namun, hakikatnya pilihanraya kecil tidak boleh disamakan dengan pilihanraya umum sebenarnya. BN menurunkan segala kelengkapan dan senjata mereka untuk memastikan calonnya menang. Itu belum termasuk lagi dengan janji-janji projek pembangunan dan wang ringgit yang ditaburkan kepada para pengundi. Inilah yang dikatakan "manusia merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik". Akhirnya mereka kecundang jua dek kesombongan dan kedangkalan diri mereka sendiri. Biarpun SPR dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh puak-puak UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka, namun rakyat lebih bijak untuk menilai siapakah sebenarnya yang berhak dipilih mereka.

Kini, Najib Razak sudah pasti tidak dapat "tidur lena" untuk berhadapan dengan media arus perdana yang menjadi "talibarut" mereka selama ini. Dakyah dan propaganda yang dibuat oleh media itu jelas sekali membosankan rakyat. Akhirnya BN dihukum dek kealpaan sendiri. Mereka langsung tidak mahu mengambil iktibar dari kesilapan lalu. Strategi yang sama digunakan bagi menarik pengundi menyokong mereka. Retorik yang sama digunakan bagi memesongkan minda pengundi agar melihat hanya BN sahaja parti yang boleh mentadbir dan membangunkan negara ini. Kekalahan ini jelas sekali menggagalkan "Formula Pekan" ciptaan Najib sebenarnya. beliau yang sebelum ini mendabik dada kononnya kejayaan mendapat undi yang besar di kawasannya parlimen Pekan dek kerana formula yang digunakan. Walhal, seluruh rakyat tahu bahawa kemenangan besar Najib di Pekan adalah kerana ehsan dan kerjasama jahat yang dibuat antaranya dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Apa tidaknya, selaku Menteri Pertahanan ketika itu Najib mengarahkan SPR membuat persempadanan semula kawasan parlimennya dengan mewujudkan satu kerusi DUN baru yang dikenali sebagai Pulau Manis. Maka, menerusi DUN baru itulah SPR memasukkan Kem Tentera Batu 10 Kuantan ke dalam DUN tersebut dalam parlimen Pekan. Walhal kem tentera itu terletak dalam Parlimen Paya Besar dan berada dalam Daerah Kuantan. Sesuatu yang tidak masuk dek akal semua ini. Akhirnya Najib berjaya mendapat undi Pos percuma daripada lebih 10,000 angkatan tentera yang bakal menetap di kem tersebut nanti.

Melihat kepada situasi semasa, Najib juga agak risau dengan undi Pos kem Tentera Batu 10. Tambahan pula beliau melihat arus perubahan semakin mendadak sekarang ini. Ditambah lagi dengan kehilangan majoriti undi di Kem Tentera Laut Tg.Gelang dalam Parlimen Indera Mahkota yang menyebabkan calon PKR, Azan Ismail menang dengan majoriti melebihi seribu undi. Maka jalan terbaik Najib membuat formula baru di Pekan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Antaranya ialah dengan mweujudkan Pengakalan Maritim di Tanjung Agas, Kem Tentera di Sg.Miang dan satu lagi membina penempatan misteri bagi menempatkan beribu-ribu rakyat asing di kawasan berdekatan Sg.Miang itu sendiri. "Formula Pekan" yang digunakan oleh Najib adalah sinambungan daripada konsep "One Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebenarnya. Memang cukup mengejutkan bilamana hasil tinjauan kami terdapatnya semua "Kem Perkampungan" pendatang haram yang dibina di kawasan Sg.Miang. Tinjauan PDO bersama Krew Suara Keadilan, mendapati sememangnya pemimpin UMNO itu khianat kepada rakyat. Bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada penyokong UMNO sendiri. Ini berikutan langkah beliau memberikan berhektar-hektar tanah kepada warga asing yang kononnya datang dari utara semenanjung. Bukan sahaja tanah seluas satu ekar diberikan secara percuma, malah beliau juga turut bermurah hati menyediakan skim perumahan kepada mereka terbabit. Ikuti pendedahan eksklusif isu ini dalam keluaran terkini akhbar alternatif Suara Keadilan di pasaran sekarang. Anda boleh tengok sendiri betapa prihatinnya Najib membela rakyat asing dalam satu kawasan untuk tujuan memenangkannya dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah strategi "Formula Pekan" yang cukup mengejutkan kita sejak dulu, kini dan buat selamanya.
 
Sedih rasanya melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini. Rakyat Malaysia ramai lagi yang terpaksa tinggal dalam rumah ala "reban ayam" malah terpaksa dihalau setiap kali ada projek pembangunan di kawasan terbabit. Lebih menyedihkan bilamana mereka memohon tanah sekangkang kera untuk didirikan rumah pun, tidak mungkin akan lulus begitu mudah hatta mereka itu penyokong atau ahli UMNO sendiri. Terpaksa melalui berbagai temuduga di Pejabat Tanah Dan Daerah kawasan terbabit. Malah ada yang berkali-kali temuduga pun masih belum berjaya. Tiba-tiba Najib sanggup memberikan secara percuma tanah-tanah kepada warga asing semata-mata untuk dijadikan alat memenangkan beliau dalam pilihanraya. Jika ditinjau ke lokasi terbabit, memang sukar untuk ditembusi kawasan itu kerana ia dijaga oleh beberapa orang warga asing yang dikenali sebagai "Jeneral". Formula Najib itu belum lagi termasuk Pengkalan Maritim dan Kem Tentera yang sudah pasti akan menyebabkan banyak undi pos berpihak kepada beliau nanti. Oleh itu rakyat perlulah berfikir dengan akal yang waras segala apa yang dilakukan ini. Siapakah yang menjual tanah air sendiri sebenarnya. Sia-sia sahaja puak-puak UMNO menyanyikan lagu "Warisan: Anak Kecil Main Api". Kerana lagu itu akhirnya terkena atas batang hidung sendiri
 
Kalau betul, apalah nak jd dgn 1Malaysia ni...
 
..

Kampung aku kat Pekan.. mmg ada betulnya ckp TT ni.. Warga kemboja yg datang makin bertambah bilangannya... heran... tiada tindakan.. polis tangkap pun akhirnya dibebaskan..

....
 
Aik? :D
Pekan banyak pendatang asing? ;)
PM sibuk jaga tempat lain kot... :eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register