BTC USD 48,017.2 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Format JPEG XL Sokong Gambar Berkualiti Tinggi, Saiz Lebih Kecil

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Secara lalai gambar disimpan dalam format JPEG pada kamera digital dan laman web. Ia adalah format dominan sejak 30 tahun yang lalu namun kini mula menunjukkan usianya. Gambar JPEG tidak menyimpan data yang mencukupi untuk imej kelihatan tajam dan pengenalan format baharu seperti HEIC dan WebP cuma menyelesaikan isu ini.

JPEG-XL-B-950x535.jpg.webp

Masalahnya penyelesaian menimbulkan masalah baharu seperti format yang tidak disokong aplikasi suntingan gambar popular. Apa guna ada gambar jika proses menyuntingnya lebih sukar berbanding JPEG. Oleh itu sebuah format baharu JPEG XL (*.jxl) diperkenalkan oleh Joint Photographic Experts Group. JPEG XL menyokong gambar pada kualiti lebih tinggi yang memenuhi keperluan laman web semasa dengan julat dinamik tinggi tetapi pada saiz yang lebih kecil.

JPEG XL juga boleh menyokong animasi, alpha channels (transparensi), lapisan, gambar 360 darjah, pengubahan format dari JPEG secara nirhilang dan mozek bersaiz besar. Joint Photographic Experts Group melihat JPEG XL sebagai format untuk kepenggunaan masa hadapan yang tidak mendatangkan masalah kerana sokongan keserasian belakang dengan JPEG.

Fail JPEG XL yang disimpan pada pelayan web misalnya boleh menghantar fail dalam format JPEG kepada klien sekiranya ia tidak menyokong JPEG XL. Bagi memastikan sokongan ke atas format yang menyeluruh, Joint Photographic Experts Group bersetuju menawarkannya secara sumber terbuku, kekal percuma dan tanpa sebarang bayaran royalti.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register