Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS Rabu ekoran keengganan pelabur mengambil risiko yang masih berlarutan di seluruh pasaran serantau, kata peniaga.
Ringgit berada pada 3.1240/1257 berbanding dolar AS daripada 3.1220/1245 pada penutupan Selasa.
Seorang peniaga berkata menurut desas-desus pasaran Greece akan meninggalkan Kesatuan Eropah dan ini melemahkan lagi minat terhadap aset yang lebih berisiko.
Sementara itu, laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dikeluarkan semalam menurunkan ramalan pertumbuhannya bagi ekonomi-ekonomi Asia, dan membayangkan krisis zon euro akan memberi kesan kepada ekonomi-ekonomi baru berkembang.
Dalam laporan itu, IMF mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 8.2 peratus tahun ini dan pertumbuhan lapan peratus pada 2012 bagi ekonomi Asia yang baru berkembang, berbanding ramalan 8.4 peratus bagi rantau ini dalam kedua-dua tahun 2011 dan 2012.
Ringgit mencatatkan penutupan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.4647/4690 daripada 2.4694/4738 Selasa tetapi turun berbanding yen kepada 4.0885/0938 daripada 4.0794/0846 sebelumnya.
Unit tempatan itu meningkat berbanding pound sterling kepada 4.8869/8922 daripada 4.8953/9008 Selasa tetapi susut berbanding euro kepada 4.2724/2766 daripada 4.2643/2687 sebelumnya.