BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FOREX: Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Selasa, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit diniagakan rendah pada 3.4290/4340 berbanding dolar AS pada penutup semalam iaitu 3.4250/4280.

Para peniaga berkata unit tempatan memulakan hari urus niaga pada nada yang positif selepas dolar AS diniagakan teramat rendah semalam berikutan laporan ekonomi AS terbaru menunjukkan peningkatan ketara dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perumahan, sekali gus menggalakkan pelabur untuk membeli aset yang lebih berisiko dengan perolehan yang tinggi.

Bagaimanapun, keuntungan terhad kerana para pelabur kekal berhati-hati terhadap keputusan mesyuarat dasar dua hari Rizab Persekutuan AS yang bermula lewat hari ini.

Berbanding mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan diniagakan sedikit berubah berbanding dolar Singapura pada 2.4460/4518 daripada 2.4467/4513 pada Isnina dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8087/8147 daripada 3.7933/7971 sebelumnya.

Berbanding pound Britain, ringgit diniagakan lebih tinggi pada 5.5911/6006 berbanding 5.6095/6157 semalam dan lebih kukuh berbanding euro pada 5.0522/0602 daripada 5.0584/0645 sebelumnya.
 
rate 3.42 je tu...nanti pandai2 la bodek para IB semua letak rate deposit rendah sket...3.55 ok kot :D
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14724
USD / JPY
155.747
GBP / USD
1.34043
USD / CHF
0.82621
USD / CAD
1.39947
EUR / JPY
178.680
AUD / USD
0.71097
Back
Top
Log in Register