BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,171.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fokus timba ilmu setinggi boleh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
03hmhadi1.transformed.jpg

MUHAMMAD Hadi mengisi borang dengan menggunakan jari kaki kirinya.​


Nilai: "Kecacatan ini bukan kekurangan kerana matlamat saya adalah berjaya dalam pelajaran serta memiliki kerjaya cerah pada masa depan," kata Muhammad Hadi Darus, 19, yang juga penuntut orang kurang upaya (OKU) ketika ditemui mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi pengajian 2015/2016, di sini, semalam.

Muhammad Hadi berasal dari Pendang, Kedah adalah antara 2,000 penuntut baru mendaftar di universiti itu bagi mengikuti pelbagai bidang pengajian ditawarkan.

Dia bakal mengikuti Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang selama lima tahun hadir ditemani ibu, Halimah Che Pa, 52, dan bapanya, Darus Daliman, 54.

Muhammad Hadi mengalami kecacatan tiada kedua-dua belah tangan dan berkerusi roda serta terpaksa menulis menggunakan kaki kiri dilihat begitu tenang ketika mengisi borang pendaftaran.

​
"Fokus saya adalah menimba ilmu setinggi yang mungkin dan menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dengan cemerlang.

"Saya akui terdapat kekurangan pada diri, tetapi tidak mematahkan semangat untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Kita harus terima hakikat bahawa sesuatu kejadian sudah ditentukan Allah SWT dan kecacatan pada diri tidak harus ditangisi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya



Source: http://www.hmetro.com.my/node/74907
 
Back
Top
Log in Register