BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fokus sektor minyak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) tetap terus meneroka peluang perniagaan secara menyeluruh walaupun berhadapan situasi minyak dunia tidak menentu ketika ini.

Naib Presiden Huluan Antarabangsanya, Sharbini Suhaili berkata, penerokaan itu termasuk meneliti peluang perniagaan memproses minyak syal Amerika Syarikat
(AS) yang dilihat kompetitif.

“Kami akan memberi fokus lebih kepada sektor minyak berbanding gas yang kini menyumbang 65 hingga 70 peratus kepada keseluruhan jumlah portfolio syarikat.

“Kami baru tandatangani perjanjian bernilai AS$550 juta (RM1.92 juta) dengan syarikat Argentina untuk korek minyak syal keempat terbesar dunia di Patagonia Vaca Muerta,” katanya pada sidang media mengpelan pertumbuhan antarabangsa Petronas bersempena Persidangan Teknologi Antarabangsa (IPTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Sharbini berkata, Petronas bakal menerokai pasaran Mexico tidak lama memandangkan kumpulan itu sudah membangunkan pejabat di negara tersebut.

“Tahun depan, kami sasar menembusi pasaran Gabon dan Surinam pula,” katanya. Ketika ini, Petronas menerokai perniagaan huluan O&G di 23 negara dengan aktiviti penuh iaitu penerokaan, pembangunan dan pengeluaran di Indonesia, Myanmar, Ireland, Sudan dan Selatan Sudan serta pasaran baharu, Angola, Ireland, Argentina dan China.

Dalam pada itu, beliau berkata, Petronas kini dalam usaha meningkatkan porfolio kumpulan itu dan melupuskan aset di beberapa negara bagi mengukuhkan pertumbuhan perniagaan untuk jangka panjang.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami sentiasa cuba meningkatkan portfolio kumpulan dan melupuskan aset di beberapa negara jika ia tidak diperlukan.

“Buat masa ini, kami sedang mempertimbangkan cadangan untuk melupuskan aset di Mauritania dan Cameroon kerana penghasilan petroleum di sana tidak begitu
produktif,” katanya.

Mengulas pertumbuhan pengeluaran tahun depan, Sharbini berkata pertumbuhan pengeluaran dijangka meningkat satu hingga dua peratus dari 550,000 tong sehari.

“Kejatuhan harga minyak global akan beri impak kepada aktiviti penerokaan. Sesetengah aktiviti menggerudi tetap diteruskan, tetapi sebahagian lagi ditangguh beberapa ketika,” katanya.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/fokus-sektor-minyak-1.341030
 
Back
Top
Log in Register