BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fokus #MyCyberSALE

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali (tengah), Yasmin (depan, lima, kiri) dan Ketua Pegawai Operasi MDeC, Ng Wan Peng (depan, empat, kanan) bergambar bersama Premium E-Tailers.


PERBADANAN Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) menerusi inisiatif Digital Malaysia optimis mencapai sasaran jualan RM50 juta dalam tempoh tiga hari melalui kempen #MyCyberSALE.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, jualan atas talian di bawah teraju kerajaan itu melibatkan 4,500 usahawan atas talian dan 225,000 tawaran atas talian.

“Selama tiga hari itu, kami menjangkakan 100,000 pembeli mengunjungi platform ini dengan perbelanjaan purata RM500 seorang,” katanya selepas pengenalan jualan atas talian di bawah teraju kerajaan #MyCyberSALE di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, kempen ini salah satu inisiatif bagi meningkatkan jumlah pengguna sedia ada daripada 19.8 juta yang mewakili 66 peratus populasi, sekali gus mengembangkan pengguna telefon pintar di kalangan pengguna tempatan.

Katanya, pihaknya juga ingin menjadikan #MyCyberSALE sebagai platform untuk memasarkannya ke peringkat Asia Tenggara menerusi Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang akan diterajui Malaysia tahun depan.

“Industri e-dagang adalah salah satu pembangunan ekosistem yang semakin kuat dan dijangka menyumbang sebanyak RM72.3 bilion menjelang 2015,” katanya.

#MyCyberSALE yang berlangsung pada 29 September sehingga 1 Oktober itu akan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Antara e-runcit yang terlibat adalah Lazada, Zalora, lelong.com, Poplook dan Karangkraf Mall.
 
Back
Top
Log in Register