Hadis Usamah RA : Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.
Dunia akhir zaman ini, akan terjadi berbagai fitnah dan orang yang menjauhi fitnah adalah lebih baik dari mereka yang melibatkan diri dengan fitnah tersebut kerana pada fitnah itu terdapat kehancuran dan perpecahan.
Marilah kita mendidik dan mentarbiah diri, keluarga dan masyarakat kita, dengan saling nasihat-menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi yang membawa kepada dosa-dosa besar seperti menabur fitnah.
1. Mendalami Ilmu Agama secara berterusan
2. Memotivasikan diri bahawa fitnah adalah satu pendustaan
3. Mengingatkan diri segala perbuatan dicatat dan dihisab oleh Allah SWT
4. Mendekati para alim ulama’ dan orang soleh
5. Sentiasa mengasihi orang lain
6. Melakukan tabayyun sesuatu berita sebelum sebar
Semoga bermanfaat dan marilah sama-sama kita memutuskan rantaian fitnah.
#hentikanfitnahdimediasosial
Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan oleh anggota-anggota tubuh kita pada hari kiamat kelak dan setiap anggota tubuh akan menjadi saksi tentang apa yang telah kita lakukan semasa di dunia.
Manfaatkanlah media sosial dengan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada masyarakat dan elakkan berkongsi perkara yang mendatangkan fitnah.
#hentikanfitnahdimediasosial
Sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda.
Hukum fitnah jelas haram dan ditegah.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)"
Secara umumnya fitnah berlaku dalam dua keadaan iaitu :
Seseorang mengada-adakan sesuatu berita tentang seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.
Seseorang menerima berita tentang seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.
Semoga Allah SWT selamatkan kita dari sebarang fitnah.
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]
Berhati-hatilah apabila berkata-kata sama ada melalui lisan atau penulisan terutamanya di media sosial supaya tiada tercetusnya api fitnah yang bermula kecil dan akhirnya membesar sehingga membakar diri sendiri.
Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa.
Hadis Usamah RA: Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda : "Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan."
Hukum fitnah adalah Haram dan ditegah dalam Islam.
Ibn Hajar menyebut bahawa : “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” (Fath al-Bari 27/3)
Antara kesan buruk perbuatan fitnah ialah boleh memecahkan perpaduan masyarakat hingga melahirkan golongan yang terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan dengan golongan yang mempertahankan.