BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Fitbit Charge 5 Tertiris

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Fitbit Charge 5 Tertiris - Perlihat Skrin Berwarna, Sejumlah Sensor Kecergasan & Kesihatan;

Fitbit, jenama dibawah Google kini dalam persiapan memperkenalkan gelang tangan pintar terbaru mereka, iaitu Fitbit Charge 5. Fitbit Charge 5 dilihat akan membawakan perubahan terbesar didalam siri berkenaan, iaitu penggunaan panel berwarna. Disamping itu, video tertiris turut memfokuskan kepada penawaran langganan Fitbit Premium - selain sejumlah sensor yang disertakan bersamanya.

Antaranya adalah dalam memantau tekanan yang dialami pengguna, memudahkan pengguna memantau kadar denyutan nadi menggunakan sensor ECG, selain untuk memantau kadar oksigen dalam darah. Dengan ketirisan terbaru ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana Fitbit bakal melancarkan Fitbit Charge 5 ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasminya untuk mengetahui lanjut berkenaan gelang tangan pintar ini.​

 
Fitbit Charge 5 Di Lancarkan - Sensor ECG & EDA Serta Bateri Sehingga 7 Hari

Fitbit Charge 5 telah dilancarkan secara rasmi dan ia adalah penjejak kesihatan yang dilengkapi sensor ECG dan EDA yang setanding dengan yang digunakan pada jam tangan pintar. Charge 5 juga akhirnya dilengkapi skrin skrin AMOLED berwarna buat pertama kali dengan sokongan sentuhan.

Tubuh mempunyai bahagian sisi logam yang turut merangkap sebagai sensor ECG dan EDA (Eletrodermal Activity) yang digunakan untuk menyukat tahap stres tubuh pemakai. Ini sekaligus menjadikannya penjejak kesihatan pertama dengan kedua-dua ciri ini. Selain itu terdapat juga sokongan penjejak nadi, tapak, kadar pernafasan, suhu kulit, kitaran haid dan juga GPS. Bateri yang disertakan pula mampu menawarkan tempoh operasi sehingga 7 hari dengan sekali caj. Sebagai penjejak kesihatan untuk pengguna aktif, Charge 5 juga kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Menerusi perisian Fitbit, Charge 5 dapat menjejak pola tidur, tenaga dan tempoh pemulihan tubuh. Markah diberikan berdasarkan ketiga-tiga faktor ini untuk memaparkan Daily Readiness Score. Dengan skor ini pengguna Fitbit akan disarankan dengan aktiviti yang lebih sesuai dengan tahap ketersediaan tubuh. Jika pengguna dikesan sedang stres, aktiviti santai seperti yoga dan meditasi akan disarankan.

Dengan langganan Fitbit Premium pula, pengguna boleh mengakses video aktiviti yang boleh dilakukan mengikut sasaran peribadi yang ditetapkan. Ini amat berguna dengan gimnasium masih belum dibuka membuatkan akses kepada jurulatih peribadi adalah terhad.

Fitbit Charge 5 akan ditawarkan pada harga RM878 seutas dalam pilihan warna Black, Lunar White dan Steel Blue. Selain tali jam silikon, Fitbit turut menawarkan pilihan tali jam tambahan yang diperbuat daripada kulit dan juga nilon. Dengan setiap pembelian Charge 5, langganan percuma Fitbit Premium selama enam bulan turut diberikan. Selepas tempoh tersebut ia boleh dilanggan pada harga RM39 sebulan.​

1629945553805.png
 
Fitbit Charge 5 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 4 Oktober Pada Harga RM878

Fitbit Charge 5 telah dilancarkan secara rasmi semalam dan ia adalah penjejak kesihatan yang dilengkapi sensor ECG dan EDA yang setanding dengan yang digunakan pada jam tangan pintar. Bagi mereka yang ingin memilikinya, Fitbit Charge 5 akan mula dijual pada 4 Oktober ini pada harga RM878 seutas.

Di Malaysia selain mendapat seutas Charge 5, pembeli juga akan menikmati langganan Fitbit Premium selama 6 bulan secara percuma. Penjejak kesihatan ini hadir dengan skrin AMOLED berwarna buat pertama kali serta sensor seperti GPS, penjejak nadi, pengesan nafas, mengesan tahan stres tubuh, jumlah tenaga, penjejakan tidur dan juga kitaran haid. Dengan sekali caj, Fitbit Charge 5 boleh beroperasi sehingga 7 hari.

Ciri paling menarik ialah Daily Readiness Score yang memberitahu pengguna sama ada tubuh mereka bersedia untuk aktiviti sukan yang intensif ataupun perlu menumpukan kepada aktiviti lebih santai selepas menganalisa parameter tubuh yang dijejak sepanjang masa. Di Malaysia Fitbit Charge 5 akan dijual di rangkaian All IT Hypermarket, Best Denki, Flash Gadgets, Harvey Norman, Timekeeper, Thunder Match dan kedai atas talian rasmi Fitbit di Lazada serta Shopee.​

1629961650542.png
 
Fitbit Charge 5 Mula Di Jual Di Malaysia Hari Ini Pada Harga RM878

Fitbit Charge 5 telah dilancarkan pada penghujung Ogos lalu dengan pihak Fitbit mengatakan ia akan ke Malaysia pada 4 Oktober. Tetapi nampaknya pelancaran rasminya di Malaysia telah diawalkan dengan jam tangan pintar boleh dibeli hari ini pada harga RM878 seutas. Dengan setiap pembelian Charge 5, langganan percuma Fitbit Premium selama enam bulan turut diberikan. Selepas tempoh tersebut ia boleh dilanggan pada harga RM39 sebulan

Ia adalah penjejak kesihatan yang dilengkapi sensor ECG dan EDA yang setanding dengan yang digunakan pada jam tangan pintar premium. Charge 5 juga akhirnya dilengkapi skrin skrin AMOLED berwarna buat pertama kali dengan sokongan sentuhan.

Tubuh mempunyai bahagian sisi logam yang turut merangkap sebagai sensor ECG dan EDA (Eletrodermal Activity) yang digunakan untuk menyukat tahap stres tubuh pemakai. Ini sekaligus menjadikannya penjejak kesihatan pertama dengan kedua-dua ciri ini. Selain itu terdapat juga sokongan penjejak nadi, tapak, kadar pernafasan, suhu kulit, kitaran haid dan juga GPS. Bateri yang disertakan pula mampu menawarkan tempoh operasi sehingga 7 hari dengan sekali caj. Sebagai penjejak kesihatan untuk pengguna aktif, Charge 5 juga kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Menerusi perisian Fitbit, Charge 5 dapat menjejak pola tidur, tenaga dan tempoh pemulihan tubuh. Markah diberikan berdasarkan ketiga-tiga faktor ini untuk memaparkan Daily Readiness Score. Dengan skor ini pengguna Fitbit akan disarankan dengan aktiviti yang lebih sesuai dengan tahap ketersediaan tubuh. Jika pengguna dikesan sedang stres, aktiviti santai seperti yoga dan meditasi akan disarankan.

Dengan langganan Fitbit Premium pula, pengguna boleh mengakses video aktiviti yang boleh dilakukan mengikut sasaran peribadi yang ditetapkan. Ini amat berguna dengan gimnasium masih belum dibuka membuatkan akses kepada jurulatih peribadi adalah terhad.​
 
Back
Top
Log in Register