BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Butiran CPU & Pengumuman Peranti Lipat-Tiga Samsung Tertiris

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan model terbaru dalam siri peranti boleh lipat mereka, Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7. Terkini, terdapat beberapa butiran mengenai peranti lipat-tiga yang akan dilancarkan oleh Samsung, yang masih belum hadir dengan nama rasmi lagi. Pertama ialah “pengesahan” bahawa peranti lipat-tiga tersebut akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite, cip pemprosesan sama yang menguasakan Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy S25 Ultra. Perkara ini ditemui didalam kod sumber perisian beta OneUI 8, yang memperlihatkan teks “siop_q7mq_sm8750.”. Pertama, kita tahu bahawa SM8750 merupakan nama kod untuk SoC Qualcomm Snapdragon 8 Elite. Kedua, teks q7mq pula adalah kod nama dalaman untuk peranti lipat-tiga tersebut.

Samsung-Galaxy-Z-Fold7-E-950x535.jpg.webp
Ia juga dijangka hadir dengan paparan skrin 10 inci apabila lipatan dibuka sepenuhnya. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, TM Roh juga mengatakan bahawa peranti tersebut akan diperkenalkan pada tahun ini, tetapi menurut peniris maklumat, Samsung dijangka akan memperkenalkannya pada bulan Oktober ini, dan penjualannya selepas itu. Satu lagi isu ialah berkaitan penawarannya. Terdapat juga maklumat yang mengatakan bahawa peranti lipat-tiga ini hanya akan ditawarkan di pasaran Korea Selatan dan China terlebih dahulu. Kita nampaknya akan perlu menunggu butiran lanjut mengenainya dari Samsung tidak lama lagi.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/galaxy-z-trifold-chip-3578603/
 
Last edited:
Telefon Lipat-Tiga Samsung Di Perlihatkan Dengan Lebih Jelas

Telefon lipat tiga Samsung dipercayai telah muncul dengan lebih jelas menerusi video baharu. Rakaman tersebut memaparkan peranti tersebut yang kelihatan sangat nipis apabila dibuka namun menjadi agak tebal apabila dilipat kerana mekanisme dwi-lipatnya.
1762364988965.png

Reka bentuk ini secara tidak langsung mencerminkan usaha Samsung untuk mengurangkan saiz dan berat keseluruhan peranti. Di bahagian belakang, rekaan tiga lensa kamera kekal sebagai elemen paling menonjol lengkap dengan susun atur LED flash dan pengimbas cap jari sisi yang menyerupai Fold 7. Sebelum ini, Samsung hanya mempamerkan peranti ini secara ringkas sewaktu Sidang Kemuncak APEC di sebalik kaca pameran dalam kedua-dua posisi dilipat dan dibuka. Namun menerusi rakaman baharu, peranti ini dapat diperhatikan dengan lebih dekat dan hasilnya ternyata cukup meyakinkan. Setakat ini, Samsung masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi atau tarikh pelancaran. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan pelancarannya akan dibuat secara terhad.​
 
Back
Top
Log in Register