BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Firefoz OS diperlihat di Jepun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg



SISTEM operasi Android dan IOS kini menguasai 96 peratus pasaran telefon pintar dunia.

Sistem operasi ketiga terbesar ialah Windows Phone dengan hanya 3.3 peratus.

Nyata sekali mana-mana syarikat yang memperkenalkan sistem operasi telefon pintar baru akan menghadapi masalah untuk menapak apatah lagi melawan kuasa besar Google dan Apple.

Antara sistem operasi yang kian dilupakan ialah Firefox OS yang sudah wujud sejak 2012.

Sungguhpun dilupakan ia tidak menghalang syarikat telekomunikasi KDDI Jepun untuk memperlihatkan telefon Firefox OS mereka kepada umum.

Peranti ini mempunyai rekaan unik di mana keseluruhan tubuhnya adalah lutsinar.

Ia melambangkan keterbukaan sistem operasi ini berbanding sistem operasi yang ada di pasaran.

Peranti buatan LG ini diperkasakan pemproses 1.2GHz empat teras Snapdragon, skrin 4.7” IPS (720P), RAM 1.5 Gigabyte dan muatan 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 2.1 Megapixel di bahagian hadapan.

Dalam padaitu, ia juga mempunyai bateri sebesar 2370 mAh. Hanya sebilangan kecil peranti berhargaYen 49680 (RM 1440) ini akan dijual.
 
nmpk dalam tk perlu pakai spek mata badshah.huhuhu
 
Back
Top
Log in Register