BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Firaun didapati cacat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
lu_08.1.jpg

SARUNG kepala bersalut emas Firaun Tutankhamun manakala gambar tengah, Dr. Zahi Hawass (bertopi) bersama pembantunya mengalihkan mayat Tutankhamun yang telah diawetkan dan gambar kecil, kepala Tutankhamun yang diuji secara DNA bagi mengetahui punca kematiannya di Kaherah, Mesir. - AP

KAHERAH 17 Feb. - Firaun paling terkenal, Raja Tutankhamun adalah seorang budak lelaki lemah dengan bibir sumbing dan kaki bengkok ke dalam.

Dia meninggal dunia akibat keadaan menjadi bertambah buruk setelah mengalami patah kaki ditambah dengan malaria. Ibu bapanya pula berkemungkinan besar adalah abang dan kakaknya.

Ujian spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan Tomografi Berkomputer (CT) selama dua tahun ke atas mumia ini yang berusia 3,300 tahun bersama 15 mumia lain membantu merungkai kebanyakan misteri yang menyelubungi raja kanak-kanak ini.

Walaupun dia adalah pemerintah yang mempunyai peranan kecil tetapi Tutankhamun mendapat perhatian awam sejak makamnya yang dipenuhi dengan barangan kemas dan artifak, termasuk patung diselaputi emas ditemui pada 1922.

Kajian ini yang didedahkan hari ini dalam Jurnal Pertubuhan Perubatan Amerika turut menyenaraikan salasilah keturunan firaun kanak-kanak ini.

Ujian DNA itu turut mendapati firaun Akhenaten yang cuba untuk merevolusikan agama kuno Mesir supaya mengagungkan satu tuhan adalah ayah kepada Tutankhamun. Ibunya pula adalah adik kepada Akhenaten.

Tutankhamun menjadi firaun ketika berusia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masihi dan memerintah hanya selama sembilan tahun ketika zaman penting sejarah Mesir.

Satu lubang di tengkoraknya yang meningkatkan spekulasi bahawa dia telah dibunuh turut disangkal apabila imbasan CT mendapati lubang itu mungkin berpunca daripada proses pengawetan. Imbasan itu turut mendedahkan dia mengalami patah kaki.

Ujian terbaru ke atas firaun yang digambarkan sebagai 'kebal', mungkin sebenarnya dalam keadaan lemah akibat penyakit sejak lahir yang dialaminya termasuk malaria.

Pasukan penyelidik berkata, mereka menemui DNA parasit malaria pada beberapa mumia.

"Tutankhamun mengalami gangguan berganda... Dia mungkin boleh dibayangkan sebagai seorang raja muda yang lemah dan memerlukan tongkat untuk berjalan," kata kumpulan penyelidik terbabit.

Pendedahan ini jelas berbeza dengan gambaran ke atas firaun terkenal ini ekoran pengkebumiannya dilakukan dengan penuh kehebatan dan dipenuhi artifak yang kemudiannya, memperkenalkan lebih banyak keagungan dunia Mesir kuno. - AP
 
kureng paham den sket baco ni.....
 
ibu dan bapanya berkemungkinan adik-beradik.

akhenaten bapak tutankhamun, mak tutankhamun adalah adik akhenaten.

maknanya, akhenaten kawin adik sendiri.
 
artikel ni translate ke? apsal aku cam pening je baca
 
kiranya firaun ni macam raja namrud jugakla sebab raja namrud berkahwin dengan ibunya sendiri.........
itu yang saya baca dari internet..........
wallah hualam....
 
kate zaman jahiliyah..tak ade yg pelik nye dgn firaun ni..
 
ye ker nih?..atau saje nak ubah sejarah?
 
Back
Top
Log in Register