BTC USD 86,439.1 Gold USD 4,341.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie FILEM YANG BOLEH DI LAYAN DI BULAN SEPTEMBER

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1. A TIME CALL YOU - 8/9 (Netflix)

Diadaptasi dari drama siri popular Taiwan, drama ni kisah pasal seorang gadis yang entah macam mana tiba2 travel ke tahun 1998 dan mendapati dirinya berada di dalam tubuh seorang pelajar sekolah. Disana, dia bertemu dengan seorang pelajar yang seiras dengan teman lelakinya yang sudah meninggal dunia.

2. ARTHDAL CHRONICLES S2 - 9/9 (Disney+)

Kisah pasal perebutan kuasa antara beberapa suku/puak yang ingin menjadi supreme leader di sebuah kota kuno yang baru sahaja memulakan peradabannya. Setiap suku/puak mempunyai kelebihan dan kemahiran mereka sendiri. Untuk season 2 ni, ada beberapa pertukaran pelakon utama. Harap tak mengecewakan.

3. HAN RIVER POLICE - 13/9 (Disney+)
Tengok poster pun dah menarik. Siapa minat genre action, comedy memang wajib tengok drama ni nanti. Mengisahkan tentang pasukan anggota polis peronda Sungai Han membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar sungai tersebut. Kali ni diorang main kejar2 atas air pulak.

4. 7 ESCAPE - 15/9 (Viu)
Art berat gaiss.. Ditulis oleh penulis yang sama
dengan drama PENTHOUSE, drama ni mengisahkan tentang sekumpulan 7 orang manusia yang masing2 berkemungkinan memiliki 9 nyawa terlibat dalam kes kehilangan seorang gadis. Aku baru je lepas tengok dia punya trailer tadi. Boleh tahan padu. Tak sesuai untuk tontonan orang2 yang ada penyakit darah tinggi.

5. SONG OF THE BANDITS - 22/9 (Netflix)
Ada vibe2 Mr Sunshine. Berlatar belakangkan tahun 1920, ketika Korea masih lagi berada di bawah penjajahan Jepun, ramai rakyat Korea termasuk pejuang2 kemerdekaan berhijrah ke Jiando, China. Disana, mereka mempertaruhkan segalanya termasuk nyawa demi untuk melindungi tempat tersebut daripada segala ancaman.

6. THE WORST OF EVIL - 27/9 (Disney+)
Yang ni paling aku tak sabar nak tengok. Dia punya poster pun dah macam poster filem cuma takde Ma Dong-seok je dekat situ
1f923.png
Drama ni mengisahkan tentang seorang anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes penyeludupan dadah terbesar antara Korea, Jepun dan China. Untuk meneruskan siasatan, dia menyusup masuk ke dalam organisasi tersebut. Akhirnya Ji Chang-wook kembali ke dunia aksi.

1693541210118.png
 
Back
Top
Log in Register