BTC USD 83,385.7 Gold USD 4,196.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Cup FIFA lulus 48 pasukan berentap Piala Dunia 2026

asia tenggara kena mintak kurang2 3slot..br malaysia ada harapan nk msk world cup:D

asia tgh membangun lagi2 kat asia tenggara ni. harap afc dapat lobi lebih la utk asia
 
fifa is uefa..jd paham2 laa :D:D

skrg ada brp slot je dari Asia
nak banding dgn bilangan negara dlm Asia
peratusan sangat rendah
4 slot je dari 46 negara
 
B/R Football

D7Me5AFUYAAVbq7.jpg

The 2022 World Cup will have 32 teams 🏆​
 

Piala Dunia 2026 libatkan 104 perlawanan​

15 Mac 2023 10:05am

2127204.png


Sebanyak 48 pasukan akan menyertai Piala Dunia 2026.


PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Piala Dunia 2026 akan melibatkan 104 perlawanan berbanding 64 perlawanan selepas format asal diubah dengan 48 pasukan akan mengambil bahagian.

Edisi 2026 yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, akan menjadi edisi pertama kejohanan tersebut berlangusng dengan penglibatan 48 pasukan.

FIFA turut memutuskan format asal untuk peringkat kumpulan dikekalkan dengan empat pasukan dalam satu kumpulan berbanding tiga pasukan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Secara tradisinya, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir tetapi edisi 2026 juga akan mempunyai lapan pasukan terbaik di tempat ketiga mara ke pusingan 32 pasukan terbaik.

"Majlis FIFA sebulat suara meluluskan cadangan pindaan kepada format pertandingan Piala Dunia FIFA 2026.

"Format yang disemak semula mengurangkan risiko dan memastikan semua pasukan bermain sekurang-kurangnya tiga perlawanan, sambil menyediakan masa rehat yang seimbang antara pasukan yang bersaing," kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, setiap kejohanan Piala Dunia melibatkan 32 pasukan dan yang mara ke perlawanan akhir akan bermain tujuh perlawanan secara keseluruhan.

Untuk edisi bermula 2026, pasukan yang berjaya sehingga ke perlawanan akhir akan bermain sebanyak lapan perlawanan keseluruhan.


 
piala dunia pertama tuan rumah bersama 3 negara,amerika, kanada dan mexico
 
Back
Top
Log in Register