BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Cup FIFA lulus 48 pasukan berentap Piala Dunia 2026

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
fifar.transformed.jpg

ZURICH: Temasya Piala Dunia akan bertambah jumlah pasukan kepada 48 berbanding 32 ketika ini bermula edisi 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang membuat keputusan sebulat suara hari ini

Majlis FIFA yang membuat keputusan itu turut memaklumkan bahawa format kejohanan akan mengandungi 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan dalam peringkat kumpulan

"Majlis FIFA membuat keputusan sebulat suara bahawa sebanyak 48 pasukan akan bertanding pada Piala Dunia tahun 2026; 16 kumpulan yang disertai tiga pasukan

"Maklumat lengkap akan dimaklumkan selepas mesyuarat," kata FIFA menerusi entri Twitter

Sehubungan itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang menggantikan Sepp Blatter pada Februari bersetuju terhadap penambahan jumlah pasukan Piala Dunia ketika menjadinya salah satu daripada janjinya ketika kempen pemilihan jawatan tertinggi persekutuan itu

Infantino pada awalnya mencadangkan 40 pasukan tetapi menambah lapan lagi pada Oktober

Ketika membuat keputusan itu, FIFA mengetepikan kebimbangan sekiranya penambahan jumlah pasukan berkenaan akan mengurangkan mutu kejohanan secara keseluruhan dan menjadikannya terlalu panjang dan susah untuk dianjurkan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232786
 
Gianni_Infantino_1544758858.jpg


GIANNI Infantino​

48 pasukan Piala Dunia bakal jadi realiti

DOHA: ‘Majoriti persekutuan bola sepak dunia mahukan penambahan bilangan pasukan bermain pada Piala Dunia 2022 di Qatar, penambahan daripada 32 kepada 48 pasukan,’ kata presiden FIFA, Gianni Infantino di Doha, hari ini.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri persidangan FIFA selama tiga hari di ibu negara Qatar itu, Infantino berkata, rancangan berkenaan disokong kebanyakan persatuan di seluruh dunia.

‘Kita lihat nanti,’ katanya. ‘Setakat ini, sudah tentu majoriti mahukannya kerana ada 16 pasukan lagi yang akan turut serta, ini bermakna bukan sahaja 16 lagi negara akan merasai bahang Piala Dunia, tetapi 50 atau 60 lagi negara akan mempunyai peluang untuk mengimpikannya.

‘Sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak, ia adalah satu lagi persoalan?”

FIFA berkata, mereka bakal melakukan keputusan terakhir pada Mac nanti ketika mesyuarat majlis akan datang selepas kajian diselesaikan.

Keputusan menganjurkan dengan format 48 pasukan bakal membabitkan penganjuran seterusnya pada edisi 2026, dengan Piala Dunia akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Beliau juga berkata, Qatar mempertimbangkan cadangan penganjuran 48 pasukan di Piala Dunia dalam tempoh empat tahun lagi.

‘Bagi pihak Qatar, mereka terbuka terhadap cadangan itu dan ia adalah sesuatu yang saya hargai,’ kata Infantino.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/12/508911/48-pasukan-piala-dunia-bakal-jadi-realiti
 
tambahn lg 10 slot tuh biar la adil utk semua benua... jgn dok bias bg kuota kt europe jerk.... FIFA ni leh tahan racism... pastikan slot asia juga ditambah... sebab salah satu slot tuh bakal kepunyaan Harimau Malaya... muahababba
 
Harapan cerah utk msia main world cup,apapun kita tgk game sok camne lu.
 
tambahn lg 10 slot tuh biar la adil utk semua benua... jgn dok bias bg kuota kt europe jerk.... FIFA ni leh tahan racism... pastikan slot asia juga ditambah... sebab salah satu slot tuh bakal kepunyaan Harimau Malaya... muahababba

Org dlm FIFA pn rmai jgk dari Europe kan
Harap byk la slot dari Asia
Benua paling besar
 
kalau skrg sebln world cup berlangsung..mungkin pasni sebulan setengah la kot
 
Back
Top
Log in Register