BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ferrari antik dibida RM54 juta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
article-2542393-1ACBB58700000578-485_634x366.jpg


London: Sebuah kereta lumba Ferrari yang pernah memenangi beberapa perlumbaan terkenal pada 1950-an dijangka mencatat rekod dunia dengan bidaan jualan pada harga 10 juta pound (RM54 juta).

Ferrari 375 Plus berkenaan antara kereta lumba yang terpantas dan paling berkuasa pada zamannya, dengan mencatat kemenangan di Le Mans dan Silverstone pada 1954.


Hanya empat versi kereta lumba itu pernah dibuat, manakala satu model kegunaan di jalan raya dibina khas untuk Raja Belgium. Kenderaan merah yang mempunyai enjin V12 dengan 4.9 liter 330bhp itu dan berkelajuan 281 kilometer sejam hanya dikhaskan untuk pemandu yang terbaik dan paling berani zaman berkenaan. Kejayaan terkenalnya ialah ketika perlumbaan Carrera Pan-Americana merentasi Mexico yang dipandu oleh Umberto Maglioli.

Bintang Itali itu memandu 2,000 batu pada kelajuan purata 281 kilometer sejam dan dalam tempoh seperlima daripada tempoh akhir dia memandu dengan kelajuan 241 kilometer sejam. Selepas berpindah milik daripada beberapa pengumpul, ia dibeli oleh pengimport Ferrari, Jacques Swaters kawan rapat Enzo Ferrari pada 1990-an yang mengembalikan zaman kegemilangan kenderaan itu. - AFP





sumber
 
dulu berapa jer harga dia..skrg ...lagi lama peram lagi mahal..
 
tudia, beli ferrari ni da macam beli rumah da..makin simpan makin mahal..
 
aku harap2 kereta nissan sunny aku ni, lagi 20 tahun harga kan cecah 100k.. kehkehkehkeh

boleh buka bidaan umum..
 
mak aihhh..mahal kemainn
 
cantik tu.. orang kaya yang banyak duit tak tau buat apa.. beli je la kereta tu..
 
Aku ada RM54 je ni, tak cukup beberapa juta nak beli. Hmm
 
Back
Top
Log in Register