kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Fenomena 'Ustaz Bollywood'
14 March 2014
Bagi sesiapa yang sering mengikuti rancangan 'Anta Tanya Ana Jawab' di saluran Astro Oasis (saluran 106) pasti tidak asing mendengar nama Ustaz Haslin Baharim aka 'Ustaz Bollywood'.
Setiap kali berceramah, beliau akan menyampaikan ceramahnya dengan cukup berseni. Penyampaiannya pula cukup bersahaja tetapi penuh bersemangat. Istimewanya, ia turut diselangi dengan lenggok berlagu daripada potongan suci ayat al-Quran.
Bukan sembarangan lagu, tetapi melodi Hindustan dan penggunaan bahasa Urdu menjadi pilihan utamanya. Dek keupayaannya itu, pendakwah berusia 45 tahun ini sinonim dengan gelaran Ustaz Bollywood dalam persada dakwah tanah air.
Mengakui akan perkara berkenaan, tokoh agama kelahiran Taiping, Perak itu bagaimanapun tidak kisah dengan gelaran yang diberi.
"Gelaran itu bukanlah saya yang menciptanya tetapi datangnya daripada peminat-peminat tegar, biarpun sudah puas saya menghalangnya.
"Tapi, saya lihat gelaran ini bukanlah satu perkara tidak benar kerana ia langsung tidak memberi pandangan negatif.
"Sebaliknya, ia menjadi rezeki dakwah saya pada masyarakat hari ini," katanya.
Malah, dek kelebihan itu juga, Ustaz Haslin terus menjadikannya sebagai satu pendekatannya dalam berdakwah.
Pernah bercita-cita untuk menjadi penyanyi, maka tidak hairanlah beliau menyampaikannya dengan alunan Bollywood yang cukup baik.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ustaz-bollywood-suara-merdu-pikat-peminat-1.260021