BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fenomena Cahaya Biru Di Pantai Tembeling Jadi Tumpuan Warga Kuantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Fenomena Cahaya Biru Di Pantai Tembeling Jadi Tumpuan Warga Kuantan​

9ec2e49ff36d34bc294b63447a1bc5306a6042b595010

da3382a70f1dc8ad7de18c03cadf85736a6042c97cf6f

b7cda45d0f7ddb832a6052c98feada1a6a60425e87379

Kredit: Anis Nabilla Md Wazilah

Fenomena cahaya kebiruan atau blue tears yang menghiasi permukaan laut di Pantai Tembeling di sini pada waktu malam menarik perhatian orang ramai selepas tular di media sosial.

Tinjauan Bernama mendapati pantai berkenaan menjadi tumpuan pengunjung sejak beberapa hari lepas, dengan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri fenomena itu dan merakam gambar serta video.

Kejadian berkenaan didapati mempunyai ciri biopendarcahaya atau bioluminescence, iaitu fenomena semula jadi yang berlaku apabila organisma marin tertentu menghasilkan cahaya melalui tindak balas biokimia.

Perkara itu dikongsi Pakar Bioteknologi dan Biokimia Profesor Madya Dr Nina Suhaity Azmi yang turut memaklumkan secara umumnya fenomena berkenaan terjadi apabila berlaku peningkatan sementara populasi organisma marin yang mampu menghasilkan cahaya khususnya dinoflagelat.

Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Industri Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu berkata keadaan berkenaan biasanya dipengaruhi oleh gabungan beberapa faktor seperti suhu air, kandungan nutrien, keadaan arus, pasang surut dan kestabilan persekitaran laut.

“Pelbagai hidupan marin dan mikrob mempunyai keupayaan menghasilkan cahaya sendiri. Mikroorganisma marin yang dikenali sebagai dinoflagelat, iaitu sejenis fitoplankton yang bersaiz mikroskopik sering dikaitkan dengan fenomena biopendarcahaya,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, spesies sebenar organisma yang menyebabkan fenomena tersebut perlu dikenal pasti menggunakan kaedah saintifik dengan pensampelan air laut dan analisis makmal adalah antara aktiviti yang perlu dijalankan oleh penyelidik.

Sementara itu, beliau berkata fenomena sama pernah dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di Malaysia termasuk Kuala Selangor, Selangor, Pulau Pangkor, Perak dan Pulau Langkawi, Kedah serta beberapa kawasan pulau di pantai timur Semenanjung.

 
Back
Top
Log in Register